Kelayakan AFC Bawah 19 Tahun : Kemenangan Pertama Skuad Bojan Hodak

Skuad Malaysia Bawah 19 Tahun mencatat kemenangan pertama apabila menewaskan Timor Lester dalam perlawanan pembukaan Kelayakan AFC Bawah 19 Tahun di Stadium Paju, Korea Selatan.

Kedua-dua pasukan bermula dengan perlahan dan masih mencari rentak permainan di separuh masa pertama. Anak buah Bojan Hodak itu kelihatan mencari masa untuk menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk dan keadaan padang sehingga menyukarkan untuk menjaringkan gol.

Tidak banyak peluang hadir di separuh masa pertama dengan kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati. Timor Leste memperoleh peluang keemasan pada minit ke 25 melalui sepakan volley, namun mujur sepakannya sedikit melewati tiang gol.

Penyerang Timor Leste juga sering melancarkan serangan dari sebelah kiri namun pantas dihalang oleh barisan pemain pertahanan negara yang bijak membaca gerakan lawan.

Penyerang Hadi Fayyadh juga hampir menghadiahkan gol pertama untuk negara tetapi rembatannya agak lemah dan gagal menyudahkan beberapa hantaran cantik dari sayap kanan dan kiri.

Akhyar Rashid juga terlepas peluang untuk membuka tirai jaringan apabila sepakan jarak dekatnya singgah di badan penjaga gol Timor-Leste, Fran Genio. Keputusan perlawanan kekal tanpa jaringan pada separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua, anak buah Bojan Hodak kelihatan sudah mendapat rentak dan perubahan mula berlaku dari segi corak permainan. Lebih banyak serangan berbahaya dilancarkan ke arah gawang Timor Leste untuk mencari gol pertama.

Skuad Malaysia bawah 19 tahun tidak tunggu lama untuk mencari gol pertamanya apabila penyerang JDT2, Hadi Fayyadh berjaya menanduk masuk ke gawang Timor Leste pada minit ke 52 hasil hantaran daripada sepakan percuma. Gol itu menyuntik semangat anak buah bojan hodak untuk memburu 3 mata penuh.

Gambar: JOHOR Souther Tigers

Empat belas minit kemudian, pemain daripada Skuad Piala Presiden Kelantan, Nik Akif Syahiran terus menceriakan kem negara apabila menambahkan gol kedua melalui rembatan lambung cantik dari luar kotak penalti pada minit ke 66.

Muka baharu skuad negara, Zhafir Yusoff yang turun sebagai pemain gantian membalas kepercayaan Bojan Hodak dengan menambah gol ketiga apabila rembatan kencangnya dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Timor Leste.

Skuad negara terus selesa dengan jaringan 3-0 tetapi keselesaan itu ternyata mengundang padang apabila Timor Leste berjaya mencuri satu gol di minit akhir.

Usaha Timor-Leste itu berhasil selepas dihadiahkan sepakan penalti akibat bola terkena tangan pemain Malaysia pada hujung perlawanan. Junior yang mengambil sepakan itu tidak berdepan sebarang masalah menjaring gol pertamanya dalam saingan kelayakan ini.

Skuad Malaysia Bawah 19 Tahun akan berehat selama 3 hari sebelum dijadualkan bertemu pasukan Brunei pada 4 November ini pada pukul 11 pagi waktu Malaysia. Untuk layak secara automatik ke pusingan akhir kejohanan AFC Bawah 19 Tahun, mereka perlu mengatasi semua lawannya dan muncul sebagai juara kumpulan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN