Sam Allardyce Tawar Kepakaran, Everton Masih Mahukan Ancelotti

Bekas pengurus England, Sam Allardyce berminat dengan jawatan di Goodison Park. Allardyce menguruskan Crystal Palace sebagai pasukan terakhir beliau.

Big Sam melepaskan jawatan di Palace selepas kecewa dengan beberapa permintaan beliau gagal dipenuhi walaupun beliau sudah membantu Crystal Palace kekal di EPL.

Palace memujuk beliau kembali tetapi Sam Allardyce berkata yang beliau tidak akan kembali ke sana. Kemudian, Palace melantik Frank De Boer.

Kini, Sama Allardyce kembali berminat untuk menguruskan pasukan kelab dengan beliau dengan terbuka memberitahu mahu menjadi pengurus Everton.

Everton masih mencari pengurus baru selepas memecat Ronald Koeman. Skuad yang berbelanja besar itu kini masih dikendalikan pengurus B-23 mereka David Unsworth.

Allardyce yang dikenali dengan kepakaran beliau menyelamatkan pasukan daripada zon penyingkiran berkata kepada beIN Sports:

“Siapa tahu? Jika mereka mahukan saya dan menghubungi saya, saya berminat. Tetapi buat masa ini tiada gunanya untuk berspekulasi, Unsworth masih lagi mengendalikan mereka.’

“Mereka tahu apa masalah mereka, cuma mereka perlukan sedikit panduan cara untuk memperbaiki masalah itu. Saya dah beberapa kali dalam situasi seperti itu.”

“3 kelab terakhir yang saya uruskan semuanya bertarung daripada zon penyingkiran dan saya berjaya membawa mereka kembali semula ke landasan yang betul.”

Dengan pasukan yang dipenuhi ramai bintang, dilaporkan pemilik Everton mahukan Carlo Ancelotti sebagai pengurus baru.

Ianya sasaran yang agak sukar kerana pengendali Itali itu sebelum ini sudah memberikan bayangan yang beliau tidak mahu bekerja lagi musim ini dan mahu berehat.

Ancelotti kini dikaitkan dengan banyak sekali jawatan di seluruh dunia termasuk di China.

Ada juga penyokong Everton juga mengharapkan David Moyes diberikan jawatan itu. Sebelum ini Moyes menguruskan pasukan yang serba kekurangan dan terpaksa melepaskan ramai pemain kerana masalah kewangan terhad untuk perpindahan. Itupun Moyes masih melakukan tugas dengan baik.

Dengan situasi semasa di Everton, Moyes mungkin akan memberikan sentuhan lebih baik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN