Morales Bakal Dinaturalisasi, Aset Baharu Malaysia Tidak Lama Lagi

Romel Morales
Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Kuala Lumpur City melakukan persiapan awal bagi menghadapi saingan liga musim depan dengan mengesahkan terlebih dahulu untuk memberi naturalisasi buat pemain mereka, Romel Morales.

Penjaring terbanyak kempen Piala Malaysia 2021 itu dilihat berada dalam prestasi terbaik serta umur yang masih muda untuk menjadi aset penting bagi juara Piala Malaysia musim ini.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh ejen beliau, Effendi Jagan Abdullah yang mengakui Morales sudah pun bersedia menjadi pemain tempatan dan sentiasa sedia untuk mewakili Harimau Malaya.

Menurut Effendi, ini merupakan pelan jangka panjang memandangkan Morales masih lagu muda selain pemain tersebut sah akan terus kekal bersama KL City untuk musim hadapan.

Jika segalanya berjalan lancar, skuad kebangsaan boleh memanggil pemain ini pada tahun 2023 dan Morales sendiri tidak sabar untuk bermain bersama pasukan negara.

Untuk rekod sebelum ini, Guilherme De Paula, Liridon Krasniqi, dan Mohamadou Sumareh menjadi pemain yang berjaya dinaturalisasikan serta mewakili negara.

Namun Persatuan Bolasepak Malaysia membekukan sementara program pengambilan naturalisasi setelah dikritik hebat para peminat berikutan aksi dipamerkan pemain naturalisasi agak hambar mewakili negara.

Malah aksi yang dipamerkan pemain tempatan lebih menonjol ketika mewakili negara berbanding para pemain naturalisasi setakat ini.

Walaubagaimanapun, FAM tidak menghalang mana-mana pasukan Liga M untuk menaturalisasikan pemain yang melepasi syarat wajib FIFA dan kerajaan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN