MOM Senaraikan Skuad B-23 Negara Kategori A Untuk Sukan SEA Manila

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah menyenaraikan skuad bola sepak lelaku Bawah 23 negara di bawah Kategori A untuk Sukan SEA 2019 yang akan berlangsung di Filipina November hadapan.

Sukan SEA di Filipina pada kali ini adalah kejohanan edisi ke-30 acara sukan dwitahunan peringkat rantau Asia Tenggara. Bola sepak sentiasa dianggap sebagai ibu segala pingat bagi penyokong bola sepak di rantau ini – walaupun hakikatnya acara olahraga seperti 100m kebiasaannya diberikan lebih perhatian di kebanyakkan temasya sukan dunia.

Berita baik itu dinyatakan sendiri oleh Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Subahan Kamal semalam.

Subahan Kamal

Menurut Subahan, keputusan meletakkan bola sepak di bawah Kategori A telah dipersetujui oleh MOM selepas bermesyuarat dengan wakil FAM di Wisma MOM semalam. Keyakinan MOM itu adalah berlandaskan sasaran FAM yang mahukan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk mara sekurang-kuarangnya sehingga ke perlawanan akhir.

Ketika bercakap kepada BERNAMA, Subahan dipetik sebagai berkata:

“Keputusan ini menunjukkan mereka (MOM) meletakkan harapan yang besar kepada skuad lelaki kita, dan Insya-Allah, kita akan terjemahkan pada Sukan SEA kali ini.

“Saya selaku pengurus pasukan hendak pastikan, pasukan kita sekurang-kurangnya layak ke final (Sukan SEA 2019),” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat jawatankusa berkenaan.

Ong Kim Swee memberi arahan kepada pemain. FOTO: FAM

Penyertaan di bawah Kategori A bermakna atlet atau pasukan akan mendapat tajaan penuh ketika temasya berlangsung. Manakala bagi atlet kategori B, perbelanjaan ditanggung oleh persatuan masing-masing. Bagaimanapun, perbelanjaan itu akan dibayar semula, sekiranya atlet berkenaan berjaya meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa.

Kali terakhir skuad bola sepak negara B-23 negara diletakkan dalam kategori A adalah pada Sukan SEA 2011 di Indonesia, yang menyaksikan Malaysia meraih pingat emas.

Acara bola sepak lelaki Sukan SEA 2019 bakal diadakan di Stadium Memorial Rizal, Manila, dari 26 November-10 Disember.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN