Mohamed Elneny Cedera, Terlepas Aksi Separuh Akhir Piala Negara-Negara Afrika

Mohamed Elneny cedera dan ini merupakan satu perkara buruk buat negara dan kelabnya.

Beliau mengalami kecederaan ketika aksi suku akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) menentang Maghribi tempoh hari.

Dalam perlawanan itu, negaranya Mesir menang 1-0.

Pemain Arsenal itu mempunyai kecederaan calf strain dan dijangka tidak mampu pulih sebelum perlawanan separuh akhir menentang Burkina Faso.

“Elneny mempunyai kecederaan yang cukup teruk dan kami akan hantar laporan kecederaan beliau kepada kelabnya.”

“Kami akan lakukan saringan kepada beliau. Dan jika kami layak ke perlawanan akhir, Elneny dijangka dapat kembali semula.”

Tugas Mesir di perlawanan suku akhir ini semakin sukar apabila penyerang utama mereka iaitu Marwan Mohsen turut tidak beraksi.

Beliau dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika perlawanan suku akhir tempoh hari.

Mesir dalam misi untuk memenangi semula kejuaraan AFCON selepas kali terakhir dikecapi mereka pada tahun 2010.

Jika mereka berjaya memperoleh kejuaraan musim ini, Mesir akan menjadi pasukan yang memperoleh 8 gelaran dalam kejohanan AFCON.

Dalam perlawanan yang lalu, Mesir menewaskan Maghribi dalam perlawanan yang dikatakan tuah memihak mereka.

Hal ini Maghribi mempunyai banyak peluang namun satu pun tidak berjaya memasuki gawang mereka.

Kemenangan Mesir hadir apabila Abdel-Moneim menjaringkan gol pada minit ke-87.

AFCON memasuki minggu terakhir dengan fasa separuh akhir dan akhir akan dilangsungkan.

Burkina Faso akan menentang Mesir pada Rabu dan Ghana akan menentang Cameroon pada Khamis.

Perlawanan akhir akan dilangsungkan pada Ahad.

Baca juga: See Kok Luen Kini Memeluk Agama Islam, Dikenali Sebagai Adam

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN