4 Sebab Mengapa Arsenal Takkan Berseronok Lawan Sutton United Di FA Cup

FA Cup di England merupakan pertandingan bola sepak tertua di dunia. Mula dianjurkan pada tahun 1871, peminat bola sepak Inggeris sedia maklum keajaiban pertandingan FA Cup.

Dalam FA Cup, semua pasukan-pasukan dalam piramid bola sepak Inggeris dari seluruh England (dan sesetengah kelab di Wales) akan berentap sesama sendiri.

Jadi ada kemungkinan kelab kecil dari divisyen ke-5 England akan berentap menentang bintang-bintang bola sepak dunia yang bermain di Premier League (divisyen paling teratas di England). Seperti kelab divisyen ke-5 England, Sutton United yang diundi bakal menentang Arsenal.

Tambah manis buat Sutton United, mereka turut diundi menjadi tuan rumah dalam pertemuan pusingan ke-5 FA Cup tersebut. Lihatlah reaksi penyokong Sutton United di bawah ketika diundi menentang Arsenal!

Ini bermakna penyokong Sutton United bakal berpeluang melihat bintang-bintang Arsenal seperti Mesut Ozil, Alexis Sanchez dan Olivier Giroud di stadium kecil mereka!

Penyokong Arsenal mungkin menjangkakan perlawanan mudah buat pasukan mereka. Ibarat durian dengan timun. Menggolek rosak, digolek binasa.

Tetapi kami mempunyai sebab mengapa Arsenal tidak akan berseronok menentang pasukan kecil dari selatan London ini. Berikut adalah 5 sebabnya:

1.Arsenal akan kehilangan sokongan penyokongnya

Sejurus selepas mendapat hak tuan rumah menentang Arsenal, FA England bertanya kepada Sutton United sama ada mereka mahu menukar venue perlawanan kepada venue yang lebih besar.

Ini kerana halaman mereka sekarang, Gander Green Lane hanya boleh memuatkan maksimum 5,000 penonton pada satu-satu masa. Dan kami pasti 90% daripadanya akan dipenuhi oleh penyokong Sutton United.

2. Bilik persalinan away team Sutton United dicipta bukan untuk keselesaan pasukan lawan

Sumber: Twitter @dickiepelham

Satu perkara yang pasti; pemain Arsenal tidak akan mendapat layanan 5 bintang yang biasa mereka dapat di bilik persalinan away team pasukan Premier League dan Champions League.

Malah kami juga tak merasakan air Sunquick di bawah akan disediakan kepada mereka pada hari perlawanan nanti. Atau mungkin air Sunquick akan disediakan, tetapi staf Sutton United akan sengaja tidak memberi cawan polisterin.

Sumber: Twitter @dickiepelham

3. Bilik mandi dan ‘jakuzi’ away team Sutton United dicipta supaya pasukan lawan cepat-cepat balik

Sekali pandang, ia nampak seperti bilik mandi penjara.

Sumber: Twitter @dickiepelham

Selamat datang ke Sutton United, Arsenal!

Sumber: Twitter @benjhunt

4. Penyerang Arsenal takkan berseronok di depan gol selagi ada penjaga gol ini

Kami perkenalkan kepada anda; Wayne Shaw. Berikut merupakan biodatanya:

Nama: Wayne Shaw
Posisi: Penjaga gol
Kemunculan: 31 kali
Nombor skuad: 29
Makanan kegemaran: Bir dan kebab

Penjaga gol berpengalaman ini akan berumur 45 tahun pada hari lahirnya tahun ini. Penyokong Sutton United bersumpah beliau mempunyai refleks seperti Fraser Forster (walaupun penyokong pasukan lain menafikannya).

Shaw juga bertugas sebagai jurulatih penjaga gol kelabnya. Disebabkan kelabnya tiada duit untuk menggaji penjaga gol kedua, mereka tiada masalah memberi Shaw peluang untuk beraksi jika penjaga gol utama, Ross Worner cedera.

Berikut merupakan jadual penuh pusingan ke-5 FA Cup:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN