Quantcast

BERITA

See Kok Luen Kini Memeluk Agama Islam, Dikenali Sebagai Adam

See Kok Luen dikhabarkan telah memeluk Islam baru-baru ini.

Pemain Petaling Jaya Rangers (PJ Rangers) itu dikatakan telah memeluk Islam hari ini.

Pemain jelajah

See Kok Luen merupakan pemain jelajah atau journeyman sepanjang kariernya. 

Beliau telah bermain dengan pelbagai kelab sebelum ini di pelbagai peringkat liga di Malaysia.

Antara pasukan yang pernah diwakili beliau adalah Kuala Lumpur, Kedah dan juga JDT II.

JDT II merupakan kelab terakhir beliau sebelum menyertai PJ Rangers musim ini.

Dikenali sebagai Adam

Pada mulanya, cerita yang beliau menyertai Islam dikategorikan sebagai khabar angin kerana tiada sumber yang sahih.

Namum begitu, khabar angin tersebut telah pun disahkan selepas satu sumber berkata beliau sudah pun memeluk agama Islam di Melaka.

Berita itu telah pun disahkan oleh sumber yang dipetik menerusi Arena Harimau Malaysia.

Beliau dikhabarkan memeluk agama Islam di Masjid China Krubong yang terletak di Melaka, tempoh hari.

Justeru, nama beliau kini tidak lagi dikenali sebagai See Kok Luen. Namun telah bertukar kepada Adam.

Semoga beliau menjadi Muslim yang patuh pada perintah Allah dan terus menjadi pemain bola sepak yang berjaya.

Baca juga: Penyokong Celtic Serah Cek Bernilai RM980 Ribu Kepada Rakyat Palestin

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!