Mohamadou Sumareh: Kisah Kebangkitan Karier ‘Keli Boy’ Yang Pernah Hampir Berkubur

Mohamadou Sumareh bukanlah watak yang asing di dalam kancah saingan bola sepak negara. Digelar ‘Keli Boy’ di kalangan peminat bola sepak tempatan, Sumareh ertama kali beraksi untuk PDRM FA. Sumareh turut pernah beraksi bersama Perlis sebelum menyertai Pahang FA pada 2017 sehingga tahun lalu.

Mohamadou Sumareh kemudiannya membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan Malaysia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa kelas A bertemu Sri Lanka pada Oktober 2018, sekaligus bergelar pemain naturalisasi pertama negara.

Tinggalkan pengajian

Antara keputusan berani yang pernah dilakukan oleh Sumareh sepanjang hidupnya ialah apabila beliau bertindak meninggalkan pengajiannya di Segi College demi mengejar cita-cita di dalam bola sepak.

“Ya, saya pernah belajar di situ, tetapi tidak habis. Itu adalah tujuh tahun yang lepas,” kata Sumareh ketika ditanya oleh pengacara dan selebriti Dunia Bola, Mia Ibrahimm.

Lebih menyukarkan buat Sumareh yang menceburkan diri di dalam bidang Pengurusan Perniagaan, keputusan peribadinya itu turut bertentangan dengan kehendak ayahnya yang mahukan beliau berjaya dalam akademik dan menceburkan diri dalam perniagaan satu hari nanti.

“Saya kena bermain bola sepak. Bola sepak kena bermula daripada awal. Kita tidak boleh mula bila sudah berusia 20 tahun ke atas,” jelas Sumareh mengenai keputusannya itu.

Sumareh terhutang budi

Selain daripada Ketua Jurulatih, Dollah Salleh yang sentiasa bersama Sumareh sejak kariernya bersama PDRM FA, Sumareh turut terhutang budi kepada individu bernama Inspektor Nasir.

Inspektor Nasir adalah pengurus PDRM FA pada ketika Sumareh bersama PDRM FA diantara 2013 sehingga 2015.

“Malangnya untuk perlawanan pertama saya [bersama PDRM FA], saya patah kaki,” tambah beliau.

“Bila saya patah kaki, saya rasa macam karier saya sudah berakhir.

“Adakah saya patut kembali kepada ayah saya, minta maaf dan cakap saya nak belajar balik?

“Atau adakah saya patut tetap dengan pendirian saya untuk terus berjuang sehingga berjaya, buktikan kepada mereka saya boleh melakukannya.

“Tetapi saya bernasib baik, ada seorang lelaki di PDRM FA, dan dia juga adalah pengurus pasukan. Dia jaga saya dengan baik. Nama dia Nasir. Dia adalah seorang Inspektor.

“Dia selalu pantau [keadaan] saya, dan saya selalu ke fisioterapi. Apabila saya pulih, jurulatih Dollah Salleh datang ke dalam pasukan.

“Dan di situlah segalamya bermula apabila saya bekerja dengan beliau.”

Sumareh bakal tinggalkan Pahang?

Dalam temubual tersebut, Sumareh tidak lari daripada persoalan mengenai masa depannya.

Spekulasi demi spekulasi dimainkan oleh pihak media dan peminat bola sepak tempatan yang mengaitkan Sumareh dengan perpindahan daripada Pahang.

Turut dkait rapat dengan pemain berusia 25 tahun ini adalah juara Liga Super berturut-turut, JDT.

Menjawab pertanyaan mengenai masa depannya, ini jawapan Sumareh:

Kredit: JST

 

“Tiada apa yang boleh saya katakan [buat masa ini]. Media selalu juga cakap pasal benda ini.” kata Sumareh.

“Tetapi saya sememangnya masih bersama Pahang , itu yang saya boleh katakan pada ketika ini. Saya memang tak sabar untuk kembali ke padang.

“Dalam dunia ini, semua orang termasuk awak [Mia] sendiri, kalau awak dapat tawaran yang lebih baik awak nak kekal atau terima tawaran itu?

“Sudah pasti anda akan pergi. Sama seperti bola sepak. Anda tidak akan bermain bola sepak selama-lamanya.

“Di mana sahaja semua pemain akan ambil tawaran yang lebih baik. Itulah yang berlaku sekarang dalam bola sepak.”

Akhirnya sertai JDT

Selepas kontroversi kontrak dan gaji tertunggak bersama Pahang FA sebelum ini, semalam merupakan satu lagi hari bersejarah di dalam karier Sumareh.

Beliau secara rasmi telah diumumkan sebagai pemain JDT bermula musim 2021 ini melalui satu klip video khas yang dikongsikan di platform media sosial JOHOR Southern Tigers (JST).

Pemain sayap yang lebih dikenali dengan Keli Boy itu kelihatan cukup segak apabila menaiki kereta mewah ke Stadium Sultan Ibrahim.

Malah dalam video itu juga Sumerah mengarahkan pemandu kereta mewah itu untuk membawanya ke kelab terbaik di Malaysia.

“Tolong bawa saya ke kelab terbaik Malaysia,” kata pemain kelahiran Gambia itu dengan penuh bergaya.

Penutup

Ada banyak lagi sebenarnya perkongsian oleh Sumareh di dalam video oleh Dunia Bola. Misalnya mengapakah Sumareh memutuskan untuk mengupah jurulatih peribadi dalam usaha beliau mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tidak ketinggalan ialah perkara yang berlaku di bilik persalinan pasukan Pahang. Siapakah pemain yang sukar berkomunikasi dengan Sumareh?

Untuk itu, subscribed kepada channel YouTube Dunia Bola untuk pelbagai video eksklusif dunia bola sepak tempatan bersama hos anda, Mia Ibrahimm.

 

 

Baca artikel menarik lain mengenai Sumareh di:

5 Perkara Mengenai Sumareh Yang Masih Jadi Tanda Tanya Selepas FIFA Arah Pahang Bayar Tunggakan

CEO Kedah Sahkan Cerita Tentang Sumareh, Liridon Hanya Spekulasi

FIFA: Pahang Ada 45 Hari Untuk Bayar RM4.9 Juta Kepada Sumareh

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN