Entah apa perasaan Modric dan Rakitic melihat barisan di hadapan banyak mempersiakan peluang dan berada dalam prestasi di bawah par.
2 pemain ini sangat cemerlang di bahagian tengah. Banyak melakukan hantaran dan melakukan pertukaran arah bola dengan segera. Visi permainan yang sangat cantik.
Croatia mendahului menerusi jaringan sendiri oleh Oghenekaro Etebo yang menampan masuk bola sepakan penjuru Modric pada separuh masa pertama.
The last three own goals at the #WorldCup have all been scored by African nations:
🇳🇬 Yobo (2014)
🇲🇦 Bouhaddouz (2018)
🇳🇬 Etebo (2018)The last two goals Nigeria have conceded at the tournament have both been own goals. pic.twitter.com/T7dZF5ISAr
— Squawka (@Squawka) June 16, 2018
Ethebo boleh dikatakan pemain yang beraksi baik dalam perlawanan ini,
Another good example of strength and dribbling from Etebo – looks a really tidy player on this showing pic.twitter.com/Odo8Adq4Dl
— northstokie (@northstokie) June 16, 2018
Pada minit ke-71, Modric memastikan kemenangan milik Croatia menerusi sepakan penalti yang tenang. Ini selepas William Troost-Ekong menjatuhkan Mandzukic.
Nigeria turut memiliki beberapa peluang namun agak terhad. Antaranya adalah percubaan oleh Iwobi yang dihadang oleh Dejan Lovren sebelum separuh masa pertama berakhir.
Nigeria jelas sekali tidak beraksi pada tahap terbaik. Moses terlalu mudah hilang bola dan terjatuh.
Mereka memiliki ramai pemain yang beraksi di England, termasuk Iwobi, Ndidi, Ighalo, Moses, Iheanacho serta Ethebo yang akan bersama Stoke musim hadapan.
Kemenangan Croatia ini akan menjadi tonik berharga untuk Croatia dalam usaha mereka melepasi kumpulan yang dianggap kumpulan maut.
Croatia kini berada di tangga teratas kumpulan D selepas Argentina diikat oleh Iceland.
Nigeria pastinya mahu memastikan aksi di dalam padang akan mengatasi perhatian yang diberikan kepada rona jersi dan persalinan pasukan mereka di Rusia kali ini.