Rating Crotia vs Nigeria, Modric Terbaik, Iwobi Apa Dah Kau Buat?

Croatia menang 2-0 ke atas Nigeria. Berikut adalah rating setiap pemain.

Croatia

Daniel Subasic – 6

Mungkin menjadi pemain yang paling kurang kerja di dalam padang. Beliau lebih banyak melakukan sepakan gol berbanding dengan aksi menyelamat.

Sime Vrsaljko – 6

Mengharapkan lebih daripada pemain ini tetapi beliau gagal untuk mencipta hantaran daripada bahagian sayap. Hantaran beliau agak lemah.

Domagoj Vida – 6.5

Pemain paling serba boleh dalam pasukan. Boleh bermain kesemua posisi pertahanan. Beliau bermain sangat agresif dan tidak memberikan peluang kepada pemain lawan.

Dejan Lovren – 6.5

Memulakan perlawanan dengan faul ke atas Ighalo. Beliau bermain baik hari ini dengan menafikan percubaan Iwobi.

Ivan Strinic – 6

Juga ada masalah dengan hantaran. Namun dalam kes beliau lebih kepada kerana diletakkan di posisi songsang.

Ivan Perisic – 6

Tidak banyak sumbangan beliau dalam perlawanan ini. Kita mengharapkan lebih aksi daripada beliau sebagaimana ketika Euro lalu. Kerap juga dia hilang dalam perlawanan.

Luka Modric – 8

Pemain ini seperti dalam pertunjukan peribadi untuk tontonan pemain lain. Beliau cemerlang dan rajin di dalam padang. Melakukan banyak hantaran dan gerakan penting.

Ivan Rakitic – 7

Bermain di peranan lebih ke bawah. Namun beliau tetap beraksi baik terutama sekali pada separuh masa kedua.

Ante Rebic – 7

Beraksi lebih baik daripada Perisic. Banyak bertukar posisi dalam perlawanan ini.

Andrej Kramaric – 6

Beliau sepatutnya lebih tajam di hadapan gol dengan fizikal beliau yang ada.

Mario Mandzukic – 6

Bukan aksi yang baik daripada beliau kali ini.

Pemain gantian

Marcelo Brozovic – 5.5

Gagal memberikan impak dalam permainan. Juga kerap menghilang dalam perlawanan.

Mateo Kovacic – 6

Memiliki peluang keemasan pada masa kecederaan untuk menambah gol. Beliau jelas sekali menunjukkan dirinya mahu berada dalam kesebelasan utama.

Pjaca – N/A

Nigeria

Francis Uzoho – 6.5

Penjaga gol paling muda dalam Piala Dunia kali ini, berusia 19 tahun. Beliau ada kualiti yang baik dan banyak melakukan hantaran tepat.

Shehu Abdullahi – 7

Antara pemain yang berada dalam prestasi terbaik. Membuatkan Perisic sukar pada perlawanan ini.

William Troost-Ekong – 5

Melakukan kesilapan pertahanan yang memberikan penalti kepada lawan.

Leon Balogun – 6.5

Pertahanan yang bermain baik juga hari ini. Tidak melakukan kesilapan ketika bertahan dan sangat tenang.

Brian Idowu – 6

Pemain ini banyak membantu serangan dan cuba melakukan hantaran yang berkualiti.

Ndidi – 5.5

Sukar untuk bersaing dengan kualiti Modric dan Rakitic di tengah. Beliau tidak bermain permainan terbaiknya.

Etebo – 7

Pemain terbaik mereka dan pada masa yang sama dia juga pemain yang malang menjaringkan gol sendiri. Pemain yang sangat stabil di tengah ketika duel.

Mikel – 5.5

Sukar untuk membicangkan tentang kapten ini. Beliau perlu lebih ‘urgency’ dalam menghantar dan menggerakkan bola.

Alex Iwobi – 5

Alex Iwobi of Nigeria controls the ball during the international friendly match between Poland and Nigeria at Wroclaw Stadium in Wroclaw, Poland on March 23, 2018 (Photo by Andrew Surma/NurPhoto/Sipa USA)

Diarahkan bermain di posisi sayap kanan. Beliau boleh dikatakan beraksi hambar selain daripada satu percubaan ‘drive’ yang dihadang Lovren. Awalnya nampak rajin turun bertahan, kemudian beliau hanyalah bergerak tanpa arah tujuan yang jelas. Dikeluarkan pada minit ke-62.

Pengulas pun pening dan menyatakan Iwobi lahir dan dibesarkan di St. Petersburg.

Victor Moses – 6.5

Awalnya menjadi pemain paling bahaya di dalam padang tetapi aksinya semakin merosot. Terlalu mudah jatuh dan meminta sepakan percuma.

Odion Ighalo – 6

Beliau tidak mendapat banyak servis daripad rakan-rakan. Memiliki peluang gol pada separuh masa pertama.

Pemain gantian

Ahmed Musa – 5.5

Tidak banyak aksi beliau di dalam padang pada hari ini.

Iheanacho – 5.5

Kemasukan beliau sepatutnya memperbaiki intensiti dan urgency, tetapi beliau gagal melakukannya.

Simy – N/A

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN