Analisis: Mourinho Puji Iceland ‘Parking Bas’ Dengan Baik, Messi Tetap Manusia

Dalam analisis taktikal kali ini, kami menterjemahkan dan menghuraikan analisis oleh Jose Mourinho untuk perlawanan Argentina vs Iceland yang berakhir 1-1.

Salahkah Iceland parking bas?

Ramai yang memperlekehkan Iceland kerana mereka ‘parking bas’ dalam perlawanan ini. Namun apa yang boleh kita harapkan daripada mereka? Pasukan kerdil berhadapan dengan pasukan Argentina.

Parking bas adalah taktikal yang disebut oleh Jose Mourinho satu ketika dahulu merujuk kepada ultra defensif. Jika di Portugal mereka memanggilkan memakir bas.

Jose Mourinho berpandangan berbeza dengan orang yang mengkritik Iceland. Beliau merasakan Iceland telah bermain dengan kemampuan yang mereka ada.

Iceland bermain pada had mereka

Mourinho menyatakan, kita tidak boleh meminta lebih daripada pasukan ini, kerana mereka sudah bermain pada had kemampuan mereka.

“Mereka hari ini, jika saya perlu gambarkan dengan perkataan, ‘mereka kompak’.”

“Saya dapat satu imej pada minit ke-69, di mana mereka ada 9 pemain tambah penjaga gol di dalam kotak penalti.”

“Dan saya juga dapat satu lagi imej pada minit ke-87 apabila mereka ada 10 pemain di dalam kotak tambah penjaga gol.”

“Mereka kompak!”

“Tiada siapa boleh menyalahkan mereka kerana konsep pertahanan itu. Tiada permainan man to man ke atas Messi dan mana-mana pemain Argentina. Mereka hanya kekal kompak.”

Dalam konsep bertahan, kepadatan ataupun compactness  merupakan salah satu daripadanya. Anda boleh baca di sini:

Teori Taktikal: 6 Prinsip Asas Bertahan Dalam Bola Sepak

“Mereka mengurangkan segalanya (kompak) dari segi ruang. Mereka kompak dari segi ‘width’. Apabila mereka perlu pergi ke arah bola, mereka kompak di bahagian depth (belakang).”

“Tiada ruang di belakang pertahanan terakhir. Mereka sangat kompak.”

Mourinho sempat ‘troll’ Caballero dan menyamakan aksi menyelamat penjaga gol Argentina itu dengan beliau. Anda pasti masih ingat aksi Mourinho menjadi penjaga gol dalam perlawanan amal sebelum ini.

“Dan mereka (Iceland) mendapat satu peluang menjaringkan gol. Caballero di gawang, kalau saya di situ, saya akan melakukan perkara yang sama.”

“Ya Argentina memiliki penguasan bola, mereka mencuba dan terus mencuba. Anda lihat aksi Lionel Messi, beliau sentiasa berada di luar kotak penalti.”

“Messi mencuba untuk melakukan gelecekan demi gelecekan tetapi ‘cover’ daripada pertahanan Iceland berterusan datang.”

“Satu semangat dan komitmen yang luar biasa. Dan juga kekuatan mereka. Saya rasa pemain-pemain dari Iceland ni sejak bayi lagi mereka bersarapan dengan daging. Kesannya, mereka ni semua sangat kuat, dan sangat cergas.”

“Dan bola sepak yang mereka mainkan hari ini diterjemahkan dalam cara mereka mahukan.”

Komen tentang gol Aguero

Mourinho memuji penyudah dan cara Argentina mencipta gol tersebut. Sukar untuk menghalang pemain seperti Aguero dalam situasi tersebut.

“Apabila beliau (Aguero) memutarkan badan, pusat graviti beliau sangat rendah dan sangat kuat untuk ke kiri dan ke kanan. Dan percubaan gol beliau sangat hebat.”

Analisis gol Finnbogason

Mourinho sedar akan tindakan Rojo yang meletakkan tangannya ke belakang dan membuatkan beliau sukar untuk menekan lawan ke hadapan. Namun Mourinho berkata:

“Saya selalu berkata kepada pemain-pemain saya, jangan terlalu percayakan pengadil. Selamatkan diri anda dahulu.”

Nota editor: Mourinho merujuk kepada isu ball to hand. Di mana pengadil sepatutnya tidak memberikan handball untuk ‘ball to hand’

“Sudah tentu apabila anda meletakkan tangan ke belakang anda akan hilang sedikit keseimbangan dan tidak mampu untuk bertindak balas ataupun untuk ‘press’ segera. Marco membaca bola itu datang.”

“Dan bola kedua adalah pada Caballero. Penyerang (Iceland) memiliki penyudah yang sangat bagus dan sangat yakin.”

Bukan hari Messi?

Mourinho faham akan tekanan yang dihadapi Lionel Messi.

“Apabila anda gagal menjaringkan penalti di piala dunia dalam keadaan pasukan memerlukan gol itu, ia akan memberikan kesan kepada anda.”

“Selepas itu, Messi terus mencuba. Dia cuba 1 v 1, ia terus menjadi 1 vs 2, 1 vs 3, kerana jarak di antara pemain sangat rapat. Itu sangat sukar untuk beliau.”

“Namun beliau tetap melakukan beberapa percubaan dan peluang daripada sepakan percuma di kedudukan yang baik.”

“Tetapi, walaupun mereka super man, super player, mereka tetap manusia. Mereka ada perasaan. Dan ya! kegagalan penalti itu memberikan kesan kepada beliau.

Saksikan video di sini:

Rumusan

Setiap taktikal itu perlukan perlaksanaan yang terbaik untuk mendapatkan hasil. Mereka berjaya bertahan dan pada masa yang sama menjaringkan gol.

Seterusnya, sehebat mana seseorang pemain itu, mereka tetap akan merasai tekanan yang tinggi dalam pentas Piala Dunia.

Secara ringkasnya juga kami merasakan Argentina kurang kepantasan dalam menggerakkan bola bagi memecahkan kepadatan pertahanan. Mereka kurang hantaran pembunuh (killer pass). Fahami konsep killer pass di sini:

Seterusnya, Argentina kurang dinamik dalam gerakan secara berpasukan dan gagal mencipta peluang lebih banyak. Anda bayangkan Iceland yang memiliki penguasan bola yang rendah.

Pada separuh masa pertama, Argentina ada 383 hantara dan Iceland ada 95 sahaja. Namun Argentina hanya mencipta 9 peluang, Iceland pula 5 peluang.

Nampak Iceland lebih efektif berdasarkan jumlah hantaran dengan nilai tambah mereka kepada hantaran itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN