Modric Bakal Dihukum Penjara 5 Tahun Jika Bersalah Melakukan Kesalahan Di Croatia

Ketika hangat mengenai isu cukai melibatkan pemain Real Madrid iaitu Crisitiano Ronaldo mengenai isu cukai, rakan beliau iaitu Luka Modric juga sedang mengalami masalah yang sama.

Di Croatia, Modric menghabiskan cuti musim panas beliau dengan turun naik mahkmah dengan menghadiri sesi perbicaraan mengenai Zdravko Mamic yang merupakan bekas ketua eksekutif di kelab lamanya iaitu Dinamo Zagreb.

Mamic dikatakan telah terlibat dalam isu mengelak cukai dari Croatia.

Dalam masa yang sama, Mamic juga dikatakan terlibat dengan penyelewengan wang perpindahan yang melibatkan Modric ketika berpindah ke Tottenham Hotspur pada 2008.

Mamic dikatakan menyimpan sebahagian besar wang perpindahan tersebut untuk tujuan peribadi.

Wang itu sepatutnya diberikan kepada pihak kelab dan bukannya disimpan olehnya.

Apa yang menjadi persoalan adalah kontrak melibatkan Modric dengan pihak kelab yang menyatakan yuran tersebut akan dikongsi sama rata oleh pihak kelab dan pemain.

Dalam kes perbicaraan Mamic, Modric merupakan saksi utama bagi kes tersebut.

Modric dikatakan telah mengubah kenyataan yang beliau berikan kepada pihak pengadilan mengenai kes tersebut. Pada mulanya, Modric memberi keterangan yang tidak menyebelahi Mamic.

Namun kini, beliau telah menukar arah dan memilih untuk mempertahankan Mamic.

Menurut pihak pengadilan, Modric dikatakan memberikan kenyataan palsu:

“Pihak saksi (Modrid) telah memberikan kenyataan palsu pada 10 Julai 2004 iaitu tarikh pertama kali beliau menandatangani kontrak profesional pertama beliau serta kontrak yang membolehkan jumlah yuran dibahagikan sama rata oleh pihak kelab dengan saksi.”

Modric bagaimana pun mengubah kenyataan beliau selepas terkeliru selepas memberikan akaun asal kepada pihak pengadilan.

Jika Modric didapati bersalah, beliau akan dihadapkan dengan hukuman penjara selama 6 bulan atau maksima 5 tahun.

Sumber:

  1. Independent (2017): Real Madrid star Luka Modric under investigation for perjury and could face up to five years in prison; http://www.independent.co.uk/sport/football/european/luka-modric-real-madric-under-investigation-perjury-five-years-in-prison-croatia-a7797341.html
  2. Sport Bible (2017): Luka Modric could face five years in prison; http://www.sportbible.com/football/news-luka-modric-could-face-five-years-in-prison-20170619

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN