Peter Crouch Telah Memenangi Alam Twitter Kerana Satu ‘Tweet’ Ini!

Kata orang, Twitter merupakan tempat yang cukup baik untuk mencari keseronokkan.

Hal ini kerana, di Twitter pasti ada sahaja ruangan di mana tweet berunsurkan humor dan kelakar dihasilkan.

Terbaharu, penyerang Stoke City iaitu Peter Crouch telah memenangi alam maya selepas menghasilkan satu tweet yang cukup hebat!

Penyerang tinggi lampai itu telah memuat naik gambar memberi makan kepada zirafah dengan kapsyen, “bagi saya musim panas adalah waktu untuk bersama keluarga.”

Crouch sering disamakan dengan binatang zirafah dek kerana ketinggian beliau yang cukup tinggi!

Kerana tweet beliau ini telah menghasilkan pelbagai respon dari ramai pengikut beliau. Ada yang mengumumkan yang beliau sudah memenangi Internet dengan tweet tersebut.

Ada yang tak mampu nak balas dengan perkataan, jadi emoji saja pengganti bicara.

https://twitter.com/IanWright0/status/876876906179821569

Ada juga yang memberikan peringatan kepada Crouch untuk tidak lupa melawat ahli keluarga beliau yang lain!

Tweet yang dihasilkan oleh Crouch ini turut menarik perhatian pemain bola sepak iaitu bintang Bayern Munich – Mats Hummels.

Peter Crouch, anda memang hebat!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN