Bellerin Beli Rumah Berdekatan Barcelona, Kuatkan Spekulasi Kembali Ke Sepanyol

Adakah Hector Bellerin akan berpindah kembali ke Barcelona?

Nama beliau sering dikaitkan dengan kepulangan semula ke Barcelona pada musim lalu.

Malah peminat Arsenal turut menyalahkan spekulasi kepulangan semula beliau ke Barcelona sebagai punca turunnya prestasi pemain tersebut.

Tetapi, adakah benar beliau akan kembali ke Sepanyol?

Menurut laporan di Sepanyol, Bellerin dan keluarganya dikatakan telah kembali ke Barcelona pada musim panas ini.

Beliau dikatakan telah membeli sebuah rumah di sebuah bandar berdekatan dengan Barcelona untuk dirinya dan keluarganya.

Spekulasi ini semakin kuat ahli keluarga Bellerin kini tidak lagi duduk di rumah milik mereka yang berada di London.

Bellerin dikatakan mempunyai perhubungan yang rapat dengan ahli keluarga beliau. Malah, ahli keluarga beliau sering menemani beliau ketika berada di London.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai potensi berpindah ke Barcelona, Bellerin memilih untuk tidak menjawab persoalan itu.

Sebaliknya beliau memilih untuk terus fokus bersama tugasan antarabangsa beliau skuad Sepanyol di EURO B-21.

“Fokus saya kini tertumpu kepada kejohanan EURO B-21 sahaja, tidak lebih dari itu.”

Sumber:

  1. Sport – Espana (2017): Confidential: The Bellerin Family Moves To Barcelona; http://www.sport.es/es/noticias/barca/confidencial-familia-bellerin-muda-barcelona-6113807

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN