Mkhitaryan Minta Penyokong Beri Peluang Kepada Unai Untuk Membentuk Arsenal Baharu

Hari ini berkahwin tak akan terus dapat anak, mungkin itu apa yang cuba dikatakan Mkhitaryan.

Henrik Mkhitaryan meminta peminat Arsenal bersabar dengan transisi yang berlaku di Arsenal.

Beliau percaya pengurus baru itu sedang menjalankan tugas beliau dengan baik dalam usaha membentuk Arsenal bermain dalam corak taktikal yang mantap.

Beberapa penyokong Arsenal dan pundit sudah mulai mengkritik Unai Emery selepas tewas 2 perlawanan liga awal musim ini.

Arsenal tewas di tangan Man. City pada perlawanan pertamam diikuti kekalahan di tangan Chelsea, walaupun pada satu ketika mereka mengikat Chelsea selepas ketinggalan 2 gol.

“Ianya tidaklah jauh sangat berbeza di antara taktikal lama dengan taktikal baharu.”

“Namun ada beberapa perkara berbeza kerana setiap orang masih belum bermain dan berfikir dengan satu cara yang sama dalam filosofi berbeza.”

“Emery mengekalkan filosofi Wenger tetapi cuba membentuk beberapa pembaharuan.”

“Beliau tahu dia mampu mengubah beberapa aspek untuk kelab ini, misalnya aspek keseimbangan di antara menyerang dan bertahan.”

“Ianya tak mudah, namun beliau melakukannya dengan cara yang betul.”

“Kami semua harus terus bekerja keras kerana ada pengurus baharu, filosofi baharu dan cuba bermain berbeza dengan cara kami sebelum ini di bawah Wenger.”

“Bukan mudah untuk kami cuba mencapai perkara itu dan melakukan apa yang jurulatih mahukan.”

“Beliau mahukan kami bermain bola sepak dan mendominasi perlawanan, dan itu yang kami sedang usahakan sekarang, bukan sekadar menghantar bola ke hadapan.”

“Filosofi baharu, kami harus sedar yang kerja keras diperlukan untuk mencapai matlamat kami.”

“Semua orang ada pandangan masing-masing. Kami tahu apa yang kami sedang mainkan dan tujuan kami bermain.”

“Jika kami hanya tahu menyepak bola ke hadapan dan menunggu tuhan mencipta peluang gol, itu bukan caranya.”

“Perkara yang kami harus lakukan adalah, kerja keras, percaya pada diri dan menyudahkan peluang gol yang kami cipta.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN