Lewandowski: “Pengurusan Bayern Munich Tak Melindungi Saya Langsung”

Lewandowski

Robert Lewandowski secara terbuka mengkritik pengurusan Bayern Munich yang tidak melindungi beliau ketika diserang teruk oleh media pada musim lalu.

Beliau yang ketika itu kemarau gol telah dihentam oleh media dan pihak pengurusan kelab hanya berdiam diri tanpa memberikan sokongan kepada beliau.

Maka benarlah laporan musim lalu menyatakan yang Lewandowski mungkin sudah tiada hati bermain untuk Bayern Munich. Beberapa kelakuan (gesture) beliau membuatkan media berpendapat pemain ini mahu keluar daripada kelab itu.

Ramai yang menuduh Lewandowski meminta kontrak baharu dengan gaji lebih lumayan dan mendesak perpindahan ke Real Madrid ataupun Chelsea yang menawarkan gaji lebih tinggi.

Pemain itu akhirnya membuka mulut, segalanya bukan kerana duit. Tetapi keraa sikap pengurusan kelab yang tidak protektif.

Beliau mahu kekal di Bayern Munich kerana layanan penyokong Bayern Munich ke atas beliau. Penyokong Bayern Munich sentiasa di belakang beliau walaupun ketika beliau tidak dalam prestasi terbaik.

Tekanan paling tinggi beliau rasa adalah ketika gagal menjaringkan gol dalam separuh akhir UCL di mana Bayern disingkirkan Real Madrid.

“Saya terasa tiada perlindungan daripada kelab ini, saya terasa bersendirian menghadapi semuanya.”

Namun selepas aksi kurang memuaskan, Lewandowski musim ini sudah menjaringkan 4 gol dalam 2 perlawnanan kompetitif pertama Bayern.

Beliau menjaringkan hatrik dalam Piala Super Jerman. Kemudiannya, menyelamatkan kelab itu daripada dimalukan kelab kampung Drochtersen/Asse dalam pusingan awal DFB Pokal.

Bayern menang 1-0 hasil jaringan tunggal Lewandowski ke atas kelab divisyen 4 itu.

“Saya gagal menjaringkan gol dalam 2 atau 3 perlawanan besar dan semua pihak terus menembak saya.”

“Saya tak nampak ada pihak kelab yang cuba mempertahankan dan menyokong saya ketika itu termasuk bos-bos dalam kelab ini.”

“Hati saya terasa jauh daripada Munich ketika itu.”

“Namun saya mendapati penyokong Bayern lebih menyokong saya berbanding pihak pengurusan. Saya sedari yang mereka sentiasa mahukan saya terus kekal di sini.”

SEVILLE, SPAIN – APRIL 03: Robert Lewandowski of Bayern Muenchen celebrates his sides first goal during the UEFA Champions League Quarter Final Leg One match between Sevilla FC and Bayern Muenchen at Estadio Ramon Sanchez Pizjuan on April 3, 2018 in Seville, Spain. (Photo by Adam Pretty/Getty Images)

“Sebab itu saya tak pernah mogok ataupun buat perkara kotor untuk kelab ini. Saya tak terfikir pun nak cari kelab lain buat masa ini.”

Ini menjadi tamparan hebat kepada pengurusan Bayern Munich. Sebelum ini mereka dikritik kerana lebih banyak menghentam Ozil berbanding dengan komen tentang kelab dan pemain mereka sendiri.

Uli Honess antara yang sangat lantang mengecam Ozil dan menuduh pemain itu sudah lama tak relevan untuk Jerman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN