Legenda Arsenal Pengaruh Terbesar Keputusan Fred Sertai Man. United

Fred antara pemain yang menjadi rebutan banyak kelab. Beliau menjadi sasaran utama Guardiola pada musim lalu, namun usaha membawa beliau ke Man. City buntu.

Ini kerana kelab beliau enggan melepaskan beliau ketika mereka masih beraksi dalam UCL. Selepas itu Man. City menamatkan minat ke atas Fred kerana permintaan harga terlalu tinggi.

Fred kemudian merealisasikan perpindahan ke England dengan menyertai Man. United. Fred memberitahu media, legenda Arsenal yang senegara dengan beliau, Gilberto Silva adalah orang penting dalam keputusan beliau ke Man. United.

Beliau berkongsi akan hal itu dengan media rasmi kelab Man. United.

Fred menyatakan yang Gilberto Silva mendapati gaya permainan beliau sesuai dengan Red Devils. Lalu beliau memilih untuk menerima tawaran Man. United.

Ketika itu beliau mendapat tawaran daripada PSG dan juga beberapa kelab Liga Super China. Man. United membayar £52 juta untuk beliau.

“Beliau (Gilberto Silva) banyak memuji kelab ini (Man. United). Selepas beliau bercakap dengan Jose Mourinho dan beberapa nama besar di Man United, kami memutuskan secara bersama yang saya akan ke sini (Man. United).”

“Kami percaya ianya perpindahan terbaik untuk saya.”

Fred sangat kagum dengan Gilberto Silva yang sangat faham akan selok belok bola sepak Inggeris.

“Gilberto seorang yang sangat hebat, nasihat beliau sangat bermakna buat saya.”

“Beliau bermain posisi yang sama dengan saya ketika beliau memenangi EPL. Saya akan menjadikan beliau inspirasi dan mendengar apa nasihat beliau dan ambil serius apa sahaja yang beliau katakan kepada saya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN