Mkhitaryan Luah Kekecewaan Tidak Boleh Beraksi Final UEL Di Twitter

Apapun jenis pertandingan dalam bola sepak, beraksi di perlawanan akhir adalah impian setiap pemain. Apatah lagi jika ia adalah pertandingan besar seperti pertandingan Eropah.

Semalam Arsenal melalui satu kenyataan telah mengesahkan pemain tengah, Henrikh Mkhitaryan terpaksa menarik diri daripada beraksi di perlawanan akhir UEFA Europa League (UEL) menentang Chelsea pada minggu hadapan.

Mkhitaryan kecewa

Perlawanan akhir akhir UEL akan berlangsung di Baku, Azerbaijan. Ini mendorong Mkhitaryan yang merupakan rakyat Armenia menarik diri daripada menyertai skuad Arsenal ke Baku disebabkan faktor keselamatan.

Azerbaijan dan Armenia dipalit dengan ketegangan politik sejak sekian lama.

“Selepas mengambil kira pelbagai kemungkinan, kami terpaksa membuat keputusan yang sukar iaitu untuk tidak turut serta skuad [Arsenal] ke perlawanan akhir UEL,” ujar Mkhitaryan melalui akaun twitter beliau.

“Ia adalah perlawanan [peluang] yang tidak sentiasa datang. Saya harus akui amat kecewa kerana terpaksa melupakan perlawanan itu. Saya tetap akan memberikan sokongan kepada rakan sepasukan. Ayuh, bawalah pulang kejuaraan tersebut.”

Arsenal buntu

Arsenal melalui satu kenyataan turut sudah menulis surat kepada UEFA mengenai kerisauan mereka terhadap situasi tersebut.

“Kami telah menyemak setiap pilihan yang ada untuk Micki berada di dalam senarai skuad. Tetapi selepa melakukan perbincangan bersama beliau dan keluarga, kami semua sepakat beliau tidak akan turut serta.

“Micki adalah pemain utama kami dalam pertandingan ini sehingga ke perlawanan akhir, dan ia adalah satu kehilangan kepada pasukan,” ujar kenyataan tersebut.

.Mkhitaryan pernah bergelar juara UEL ketika bersama Manchester United pada musim 2016/17. Malah beliau adalah penjaring gol kedua United pada perlawanan akhir tersebut untuk menewaskan Ajax 2-0.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN