MFL Sangkal Dakwaan Presiden Kedah FA Mengenai Isu Penyerahan Geran Tahunan

Kevin

Baru-baru ini Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Sri Mukhriz Mahathir mengeluarkan kenyataan di media tempatan berharap pihak pentadbir liga, Malaysia Football League (MFL) mempercepatkan pemberian geran tahunan kepada semua pasukan.

Mukhriz menzahirkan kerisauan tersebut kerana proses pembayaran itu sudah mengambil masa yang cukup lama. Dalam masa yang sama, beliau turut berharap tiada sebarang agenda tersembunyi oleh MFL dalam hal urusan ini.

Mengulas mengenai kenyataan daripada Menteri Besar Kedah tersebut, MFL menafikan pihaknya mempunyai sebarang agenda untuk melambatkan penyerahan geran kepada semua pasukan Liga Super dan Liga Premier.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam beliau menyifatkan Mukhriz tidak mengikuti isu penyerahan geran berkenaan dengan teliti.

“Ingin kami nyatakan dalam kenyataan Presiden KFA itu, beliau cuba untuk berkata bahawa mungkin ada agenda lain di dalam MFL. Oleh sebab itu beliau menyifatkan pihak MFL tidak mahu menyerahkan geran tahunan itu lagi.

“Ternyata beliau tidak mengikuti perkembangan Liga Malaysia dengan teliti, ini kerana jika beliau mengikuti perjalanan Liga Malaysia sudah pasti beliau akan tahu bahawa faktor kelewatan geran tahunan itu disebabkan penarikan diri daripada penaja utama kami yang telah pun mula menghadapi masalah di mana mereka (TM) bertukar pucuk kepimpinan sejurus selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada Mei lalu.

“Jika Presiden KFA mahu mencetuskan kontroversi dengan berkata bahawa harapan beliau tiada agenda di sebaliknya, pihak MFL pula ingin bertanya adakah wujud agenda apabila pihak TM secara tiba-tiba berubah dalam pengurusan mereka dengan pihak MFL sejurus selepas PRU pada tahun lepas.

“Ini adalah satu perkara yang kita cuba elak sebelum ini tetapi jelas secara tiba-tiba ahli-ahli politik ini mahu membuat pelbagai komen dan sudah jelas bahawa pihak MFL menjadi sasaran mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun dengan kesulitan untuk membantu semua pasukan mendapatkan geran tahunan, MFL yang diterajui DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim tidak hanya berpeluk tubuh sebaliknya terus berusaha mendapatkan penajaan baharu selepas ketiadaan TM.

Malah MFL sebenarnya sudah bersedia dengan segala kemungkinan dengan tidak hanya bersandarkan kepada satu penaja bagi mengelakkan operasi MFL untuk mengendalikan Liga Malaysia lumpuh sama sekali.

Ini terbukti apabila Liga Malaysia tetap berjalan dengan baik malah bertambah rancak.

“Jadi pihak MFL sebenarnya sudah menjangka situasi ini dan disebabkan itu kita telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa pelaburan ke dalam MFL ini bukan daripada satu syarikat besar di Malaysia tetapi daripada luar negara yang mana mungkin kita lebih selamat daripada sesetengah pihak itu menarik diri melabur di Liga Malaysia.

“Jadi semua perkara ini mengambil masa dan kami dengan sedaya upaya mahu memastikan masa depan Liga Malaysia terjamin dengan tiada apa-apa bantuan atau sokongan daripada pihak-pihak tertentu. Kita sedar komen pada beberapa hari lalu oleh pihak tertentu hanya mahu meletakkan lebih tekanan kepada MFL.

“Kami berharap jangan politikkan bola sepak tempatan dan bola sepak perlu lebih jauh daripada politik kerana bola sepak adalah sukan utama rakyat Malaysia di mana perlu diberikan perhatian positif, bukan digunakan sebagai pentas politik untuk mempopularkan diri dengan menggunakan kenyataan tertentu jika tidak mendapat sambutan di pentas yang lain,” kata Kevin.

Kenyataan rasmi daripada MFL boleh dibaca disini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN