Misi Sukar Selangor Untuk Cipta Kejutan Atasi JDT Di SSI

Selangor dijangka bakal berhadapan misi sukar untuk aksi Liga Super 2023 malam ini bertemu gergasi bola sepak negara iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk meraih tiga mata penuh di gelanggang lawan.

Perlawanan paling mencuri tumpuan minggu ini dijangka bakal tampil dengan lebih sengit, selepas kedua pasukan masing-masing kehilangan pemain utama mereka untuk memberi impak dalam corak permainan di atas padang.

Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) segalanya menjadi kelebihan buat JDT yang sudah tentu akan mendapat suntikan motivasi daripada penyokong Harimau Selatan sepanjang tempoh 90 minit aksi berlangsung.

Tambahan pula mereka kini masih segar dengan kejayaan menjulang Piala FA 2023 di lokasi sama selepas mengetepikan cabaran Kuala Lumpur City (KL City) menerusi keputusan penuh 2-0.

Tampil dengan serba lengkap di segenap posisi musim ini, JDT jelas memberi isyarat betapa jauh jurang perbezaan mereka berbanding kelab lain daripada pelbagai sudut.

Tambahan pula, mereka berjaya mengekalkan kecemerlangan musim ini tanpa sebarang kekalahan dan konsisten meraih kemenangan dalam semua perlawanan di peringkat domestik.

Maka, ini menjadi suatu cabaran sukar buat Selangor sebenarnya untuk cuba menewaskan pasukan tersebut atau sekurangnya cuba mendapatkan satu mata di gelanggang lawan.

Berada di kedudukan kedua musim ini di Liga Super, Selangor sudah pun membuktikan mereka hadir dengan lebih baik berbanding musim-musim lalu daripada segi persiapan.

Bawah kendalian Tan Cheng Hoe, jelas struktur permainan pasukan tersebut berbeza serta antara yang diakui terbaik di Malaysia ketika ini berbanding kelab lain kecuali JDT sahaja.

Namun, Selangor juga tidak terlepas dengan isu konsistensi selepas beberapa keputusan perlawanan jelas memberi gambaran masih banyak harus diperbaiki oleh Tan pada musim ini.

Beberapa siri kekalahan tidak sepatutnya sebelum itu telah pun dicatat The Red Giants dan itu menjejaskan prestasi semasa mereka untuk cuba merapatkan jurang bersama JDT.

Namun, menerusi beberapa rombakan yang dibuat Selangor untuk memperkukuhkan aspek serangan serta tengah kini dilihat mula membuahkan hasil.

Apapun, tanpa kelibat Faisal Halim yang menjalani hukuman penggantungan kini bakal memberi kesan kepada Tan untuk merombak semula barisan serangan utama Selangor pada aksi malam ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN