Esteban Solari Akui Gigih Persiapkan Heberty Fernandez Untuk Berdepan Selangor

Penyerang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Heberty Fernandes dijangka bakal membuat penampilan sulung beliau dalam saingan Liga Super malam ini untuk berdepan Selangor dalam misi mempertahankan tiga mata di laman sendiri.

Beraksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), ini merupakan pengalaman pertama buat Heberty buat julung kalinya beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) selepas menempa nama dengan begitu gah sekali di Thailand.

Malah, belum pun sempat beraksi bersama JDT pemain ini sudah pun merangkul kejuaraan sulung beliau di Malaysia iaitu Piala FA 2023 ketika pasukan tersebut menewaskan Kuala Lumpur City (KL City).

Heberty dijangka bakal tersenarai dalam skuad utama untuk aksi malam ini, selepas khidmat penjaring terbanyak JDT iaitu Fernando Forestieri masih lagi dihantui isu kecederaan dan terpaksa berehat seketika.

Ini menjadi batu loncatan buat Heberty sebenarnya jika beliau diletakkan dalam senarai utama pasukan untuk mempamerkan keupayaan sebenar bagi merebut statu penyerang utama JDT.

Menerusi pengalaman beliau yang sudah pun diakui sangat hebat di Thailand, Heberty jelas menjadi tumpuan ramai ketika ini selepas beliau menyertai keluarga besar JDT.

Jelas Esteban Solari, ketika ini beliau giat mempersiapkan Heberty dalam sesi latihan untuk memastikan penyerang bertubuh tegap itu bersedia bagi mengharungi aksi malam ini berdepan Selangor.

Walaupun begitu, pengendali tersebut juga enggan meletakkan tekanan besar buat pemain tersebut dan yakin Heberty dapat memberi sumbangan positif buat JDT.

“Kami sedang berusaha mempersiapkan Hebery secepat mungkin dengan memahami falsafah permainan dan pendekatan taktikal yang kami pratikkan dan dia tampak tidak berdepan masalah untuk mengadaptasi corak permainan pada sesi latihan.

“Dia pemain berkualiti dan tidak berdepan masalah menjaringkan gol jika turun beraksi nanti malah memiliki sentuhan umpanan bola yang baik kepada rakan ketika sesi latihan dan saya mahu dia berada dalam keadaan terbaik sebelum beraksi nanti.

“Saya enggan beri tekanan dan semuanya bergantung kepada dirinya dan kami perlukan dia memandangkan ada pemain mengalami kecederaan dan saya optimis dia akan bantu pasukan ini malah kami berharap dia bersedia untuk buktikan sesuatu,” katanya menerusi Harian Metro.

Aksi malam ini dianggap sebagai sesuatu yang mencabar buat JDT kerana mereka bakal menghadapi Selangor yang masih dalam momentum terbaik selepas menewaskan Sabah.

Pastinya Tan Cheng Hoe juga mempunyai ramuan tersendiri untuk memastikan Selangor tidak pulang dengan tangan kosong daripada SSI seusai perlawanan tamat.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN