Ketajaman Abu Kamara Mampu Kecewakan Impian 3 Mata Sang Kenari

Kelibat penyerang utama Kuching City iaitu Abu Kamara antara yang perlu diberi perhatian oleh Kedah Darul Aman (Kedah) untuk aksi malam ini dalam saingan Liga Super 2023.

Beraksi di Stadium Negeri, Kuching ianya menjadi suatu kelebihan buat pasukan tuan rumah yang pastinya akan mendapat sorakan padu daripada penyokong sendiri untuk memberi galakan motivasi buat kelab kesayangan mereka.

Tambahan pula, Kuching City kini pastinya berkobar-kobat untuk mendapatkan tiga mata penuh mereka selepas aksi lalu ketika menentang Kelantan mereka hanya mampu terikat seri 2-2.

Untuk Kedah pula, pasukan tersebut pastinya mahu meneruskan momentum kemenangan buat mereka kali ketiga berturut-turut selepas cemerlang sebelum itu mengetepikan cabaran PDRM serta Kelantan United.

Bawah kendalian Nafuzi Zain musim ini, Kedah menjadi antara pasukan mencuri tumpuan ekoran reputasi tinggi dibawa oleh jurulatih tersebut tahun-tahun lalu ketika menjulang Terengganu.

Tampil dengan sedikit perubahan pada jentera tengah serta serangan, Kedah berjaya meningkatkan lagi kualiti permainan dan dibuktikan menerusi dua kemenangan berturut-turut dilakar ketika bertemu PDRM serta Kelantan United.

Walaupun begitu, Sang Kenari perlu berwaspada untuk aksi malam ini selepas melihat momentum gol yang diledak oleh Abu Kamara selepas mengharungi tiga perlawanan berturut-turut.

Bekas penjaring terbanyak Liga Premier 2022 ini berjaya mengekalkan konsistensi beliau di hadapan gol selepas muncul selaku peledak berbisa buat Kuching City pada musim ini.

Sehingga kini, Kamara telah pun menjaringkan sembilan gol secara keseluruhan buat Kuching City daripada 16 perlawanan serta turut mencipta satu bantuan jaringan.

Malah, tiga perlawanan terakhir dihadapi Kuching City sebelum ini menyaksikan Kamara telah pun meledak lima gol secara keseluruhan untuk membuktikan beliau sangat berbisa di hadapan gol.

Tampil dengan ketajaman di hadapan gol, Kamara juga menjadi pencetus kepada siri serangan utama buat Kuching City menerusi visi beliau serta bijak membuat umpanan berbahaya kepada rakan sepasukan lain.

Pastinya Nafuzi menyedari akan bahaya yang mampu diterjemahkan oleh Kamara dan memberi fokus di posisi pertahanan supaya tidak leka ketika Sang Kenari mencipta serangan.

Untuk rekod pada perlawanan sebelum ini memihak kepada Kedah dengan keputusan penuh 3-0 menerusi dua jaringan Akmal Zahir serta Manuel Hidalgo di Stadium Darul Aman (SDA).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN