Mino Raiola Tekad Jadikan Haaland Pemain Pertama Dunia Terima £1 Juta Seminggu

Erling Haaland

Super ejen Mino Raiola dilaporkan nekad untuk menjadikan Erling Haaland sebagai pemain bola sepak pertama dunia yang menerima gaji £1 juta seminggu.

Haaland kini diihat sebagai salah seorang penyerang paling berbisa dunia, telah menjaringkan 49 gol dari 52 penampilan untuk Borussia Dortmund setakat ini.

Penyerang sensasi dari Norway itu kini telah menarik perhatian kelab-kelab utama Eropah, namun ejennya, Mino Raiola berkata sebarang perpindahan dari Dortmund selepas ini haruslah dilihat sebagai “perjanjian seumur hidup”.

Raiola dan juga ayah Haaland, Alf-Inge baru-baru ini dilaporkan telah ke Sepanyol untuk melakukan perbincangan bersama Barcelona dan Real Madrid untuk tujuan tersebut.

Kedua-dua kelab Sepanyol itu dipercayai terkejut dengan tuntutan kewangan sekiranya berminat untuk mendapatkan bekas penyerang Red Bull Salzburg itu.

Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris seperti Manchester United, Manchester City, Chelsea dan Liverpool juga dikatakan sudah maklum mengenai kesukaran memeterai perjanjian dengan pemain tersebut disebabkan faktor ekonomi.

Baru berusia 20 tahun, tetapi sudah merekodkan lebih 100 perlawanan kompetitif bersamanya, Haaland dinilai dengan tanda harga £154 juta. Tanda harga tersebut dianggap sangat besar mengambil kira kedudukan ekonomi semasa dunia bola sepak yang terkesan oleh pandemik Covid-19.

Raiola mengimpikan untuk Haaland menjadi pemain dengan gaji termahal dunia melangkaui apa yang diterima oleh Lionel Messi dan bintang PSG, Neymar.

Di Barcelona, Messi dipercayai menerima gaji berjumlah £500,000 seminggu (selepas cukai).

Bakal menjadi ‘kontrak paling kompleks dunia’ menurut pakar industri pendapatan Haalan adalah termasuk gaji asal, hak imej, peluang digital global dan hak pemasaran yang sekiranya dijumlahkan akan mencapai tujuh angka.

Raiola dan ayah Haaland turut akan menerima imbuhan dari perpindahan tersebut, dengan spekulasi kedua-duanya akan menerima bonus sekitar £20 seorang – angka yang cuba dinafikan oleh ejen tersebut sebelum ini.

Mengulas situasi semasa pemain yang berada di bawah naungannya, Raiola ketika ditemuramah BBC pernah berkata:

“Amat jelas sekali semua pihak melihat Haaland sebagai pemain berpotensi bertaraf bintang pada masa hadapan kerana ia tidak mudah untuk melakukan apa yang beliau telah lakukan pada usia ini.

“Hanya maksimum 10 kelab mampu untuk mendapatkan Haaland dan memberikan platform yang dikehendaki selepas beliau menyertai Dortmund…empat daripadanya berpengakalan di England.

“Saya tidak fikir ada Pengarah Sukan atau jurulatih di dunia yang akan menolak minat mendapatkannya. Ia seperti berkata: ‘Tidak adakah psaukan Formula 1 yang tidak berminat untuk mendapatkan Lewis Hamilton?'”

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola). 

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Erling Haaland di:

Erling Haaland Diangkat Sebagai ‘Budak Emas’

Statistik Buktikan Haaland Adalah Penyerang Terbaik Di Eropah Pada Hari Ini

Benarkah Bapa Haaland Halang Anaknya Berhijrah Ke Manchester United?

 

Leave a Reply