Kompilasi Video Aksi Jesse Lingard VS Leicester Bukti Peningkatan Mendadak Bersama West Ham

Jesse Lingard sekali lagi menghasilkan prestasi mengkagumkan untuk membantu West Ham mencipta kemenangan, kali ini membenam Leicester City 3-2. Persembahan peribadi dari pemain tengah Manchester United yang dipinjamkan itu berjaya menarik perhatian ramai.

Sejak perpindahan ke West Ham secara pinjaman dari Manchester United pada penghujung Januari lalu, Lingard berjaya mengembalikan prestasi dirinya dan mengingatkan kita mengenai potensi yang dimilikinya.

Kebangkitan Lingard

Pada Ahad lalu, pemain berusia 28 tahun itu menjaringkan dua gol untuk menjadikan jumlah gol keseluruhan musim ini kepada lapan gol. Semua jaringan tersebut dihasilkan dari 12 penampilan bersama West Ham.

Turut pernah beraksi bersama Leicester pada usia mudanya – juga secara pinjaman – kali ini Lingard menjadikan bekas majikannya itu sebagai mangsa dengan aksi cemerlang sepanjang 90 minit perlawanan.

Berikut adalah kompilasi gerakan-gerakan menarik yang dikumpul selepas kemenangan ke atas Leicester itu.

Prestasi baik Lingard akhir-akhir ini membuatkan beliau kembali di bawah perhatian Gareth Southgate untuk menganggotai skuad England ke Euro 2020 pada musim panas nanti.

Dalam perlawanan menentang Leicester, Lingard membuka tirai jaringan perlawanan selepas 30 minit perlawanan berlangsung dengan percubaan cantik dari luar kotak penalti.

Skuad kendalian David Moyes kemudian melebarkan kedudukan kepada 2-0 sekali lagi melalui Lingard pada minit ke-44 perlawanan. Gol ketiga West Ham pula hadir pada minit ke-48 melalui Jarrod Bowen.

Leicester City cuba kembali bersaing dengand dua gol selepas itu, namun sudah terlambat untuk menyekat kemenangan yang berpihak kepada The Hammers.

Selain lapan gol yang dihasilkan setakat ini, Lingard turut menghasilkan tiga assist untuk West Ham – statistik terbaik sepanjang kariernya setakat ini.

Kehadiran Lingard bukan sahaja mengubah wajah cabaran West Ham di keduduan Liga Perdana Inggeris pada musim ini. The Hammers kini turut dilihat sebagai calon serius yang mampu menamatkan saingan di kedudukan empat teratas liga, sekaligus bersaing di pertandingan Champions League pada musim hadapan.

Hidup berubah sejak sertai West Ham

Pemain West Ham United, Jesse Lingard mengakui hidupnya kini lebih baik berada di London ketika ini selepas menghadapi masa sukar bersama kelab asalnya.

Beliau yang dipinjamkan daripada Manchester United mengatakan yang dirinya mengalami kesukaran untuk mengekalkan konsistensi apabila berada di Old Trafford.

Pada hemat Lingard, kehadirannya ke London jelas sekali membantu dirinya untuk menaikkan semula semangat dalam kariernya yang malap.

“Jelas sekali saya cukup gembira bermain bola sepak dan menyesuaikan diri di sini [West Ham]. Rakan-rakan juga melayan saya dengan baik.”

“Saya datang ke sini untuk bermain bola sepak saban minggu dan itulah yang saya lakukan sekarang. Bermain bola sepak amat gembirakan saya dan apabila kami menang dan bermain seperti menentang Tottenham Hotspur, itu adalah nikmat,” kata Lingard kepada Goal.

Lingard mengatakan yang kini beliau sudah mula berasa konsisten dalam prestasinya dan tidak goyah sebelum ini.

Kini berada pada usia 28 tahun, beliau berasakan sudah tiba masanya untuk terus mengekalkan kualiti permainan terbaik supaya persembahannya mendapat perhatian saban minggu.

Berikut pula adalah 11 fakta menarik mengenai Jesse Lingard yang wajib anda tahu:

1. Maguire pernah jadi mangsa Lingard

Jesse Lingard pernah memenangi Piala FA Remaja England suatu ketika dahulu. Antara bekas rakan sepasukan yang berada di dalam pasukan pada ketika itu ialah rakan sepasukan Manchester United dan pemenang Piala Dunia 2018, Paul Pogba.

Pemain-pemain lain yang membentuk pasukan remaja Man United pada ketika itu ialah bekas pemain West Ham, Ravel Morrison; pemain pertahanan Everton dan England, Michael Keane; dan penjaga gol West Brom pada hari ini iaitu Sam Johnstone. Ia adalah skuad muda yang penuh dengan pemain berbakat pada ketika it.

Di perlawanan akhir tersebut, Manchester United cemerlang menewaskan Sheffield United. Antara pemain Sheffield pada ketika itu ialah bek tengah Manchester United pada hari ini, Harry Maguire. Lingard menjaringkan gol pada perlawanan pertama perlawanan akhir untuk membantu Red Devils muncul juara dengan agregat 6-3.

2. Figura media sosial

Jesse Lingard juga mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Setakat ini pemain tengah itu telah mengumpul 6.6 juta pengikut di Instagram dan 1.9 juta pengikut di Twitter.

Jumlah tersebut adalah jauh lebih ramai dari keseluruhan pengikut media sosial yang dimiliki oleh mana-mana pemain di West Ham.

Bintang Argentina, Manuel Lanzini mempunyai jumlah pengikut teramai di media sosial sebelum kedatangan Lingard dengan 867,000 di Instagram dan 210,200 di Twitter. Lingard sering dikritik kerana suka memuat naik perkara bukan-bikan di sosial media.

3. Senjata David Moyes

Jesse Lingard memang suka menjaringkan gol ketika di bawah kendalian David Moyes. Beliau tidak membuang masa mencetak dua gol dalam debut untuk West Ham pada awal pagi tadi.

Ketika Moyes baru bergelar pengurus Manchester United, Lingard turut menjaringkan dua gol pertama Manchester United dalam perlawanan sulung yang dikendalikan pengurus dari Scotland itu.

Pada usia 20 tahun pada ketika itu, Lingard menjaringkan dua gol untuk Red Devils menang 5-1 ke atas A-League All Stars ketika jelajah pra musim pada 2013.

Ketika jelajah pra musim yang sama, Lingard terus menyinar untuk David Moyes apabila turut meledak dalam perlawanan menentang Yokohama F. Marinos dan Kitchee FC di Hong Kong.

4. Anak jati Manchester

Jesse Lingard dilahirkan di sebuah pekan bernama Warrington yang terletak di Cheshire pada Disember 1992.

Beliau bersekolah di William Beamont Community High School dan bakat beliau dikesan oleh Manchester United ketika beraksi bersama sebuah kelab tempatan di bandar Manchester, Penketh United.

https://twitter.com/ieezha_hikari/status/358626108209520640

Lingard hanya berusia 7 tahun pada ketika beliau ditawarkan untuk menyertai akademi Manchester United.

5. The Three Lions

Jesse Lingard membuat penampilan pertama bersama England dari kesebelasn utama ketika The Three Lions menewaskan Malta 2-0 di Wembley dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia pada Oktober 2016.

Gol pertama Lingard untuk negaranya pula tiba pada penampilan kesembilan dan merupakan gol kemenangan ketika menentang Belanda di Amsterdam dalam perlawanan persahabatan pada Mac 2018.

6. Sukakan perlawanan akhir

Lingard suka menjaringkan gol penting untuk Manchester United terutamanya di dalam perlawanan akhir.

Selain perlawanan akhir Piala FA Remaja, Lingard turut menjaringkan gol di perlawanan akhir untuk Manchester United di perlawanan akhir Piala FA 2016 untuk membantu pasukannya menewaskan Crystal Palace 2-1 di Wembley.

Pada tahun yang sama, Lingard muncul penjaring gol pertama untuk Manchester United menewaskan Leicester City 2-1  di pertandingan Piala Komuniti. Selepas itu Lingard turut menjaringkan gol untuk membantu Manchester United menang 3-2 ke atas Southampton di perlawanan akhir Piala Liga.

7. Piala Dunia 2018

Jesse Lingard tampil dalam enam dari tujuh perlawanan yang dilalui England di Piala Dunia 2018 yang dilangsungkan di Rusia. Beliau hanya terlepas perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang berakhir England ditewaskan Belgium 1-0. England sudah pun mara ke pusingan seterusnya pada ketika itu.

Di Rusia, Lingard tampil sebagai penjaring gol ketiga ketika England membelasah Panama 6-1. Lingard terus menjadi pemain utama untuk pusingan kalah mati berhadapan Colombia, Sweden dan Croatia di separuh akhir, sebelum tampil dari bangku pemain simpanan untuk penentuan tempat ketiga sekali lagi menentang Belgium.

8. Rekod di Premier League

Sebelum menyertai West Ham Jesse Lingard telah melakukan 133 penampilan di Premier League, dan semua penampilan tersebut adalah untuk Manchester United.

Sepanjang tempoh tersebut beliau telah menjaringkan 18 gol dan menghasilkan 12 assist. Lapan dari penampilan tersebut adalah berhadapan West Ham. Beliau turut beraksi dua kali menentang West Ham pada 2016, di perlawanan timbal balik peringkat suku akhir Piala FA

9. Keraian gol

Jesse Lingard juga kini boleh bersaing dengan rakan sepasukan baharunya, Michail Antonio untuk keraian gol. Pemain berusia 28 tahun ini sememangnya dikenali sebagai seorang pemain yang memiliki keraian gol yang menarik, termasuk pose ‘JL’ yang dipatenkan.

Lingard turut dikenali kerana meraikan gol mengikut rapper 2 Milly’s ‘Milly Rock’ dance, the ‘shoot dance’ dari permainan  video Fortnite dan ‘gun lean’ yang diperkenalkan leh rapper Russ.

Sebahagian daripada gerak dan patern meraikan gol oleh Lingard kini boleh didapati di dalam permainan video FIFA.

10. Muka biasa

Jesse Lingard tidak akan janggal beraksi bersama West Ham kerana adanya penjaga gol, Darren Randolph. Kedua-dua pemain pernah beraksi bersama Birmingham City pada musim 2013/14.

Kedua-duanya berada di dalam kesebelasan utama secara bersama sebanyak 13 kali. Tatkala Lingard menjaringkan enam gol, Randolh turut merekodkan lima clean sheet untuk Birmingham pada ketka itu.

11. Pemilik baharu No.11

Jesse Lingard adalah pemilik baharu jersi No.11 West Ham selepas 13 pemain pernah menyarung jersi tersebut selepas nombor skuad diperkenalkan pada permulaan musim 1993/94.

Antara pemain  lain yang pernah menyarung jersi tersebut sebelum Lingard ialah Dale Gordon, Lee Chapman, Matty Holmes, Steve Lomas, Matty Etherington, Mido, Thomas Hitzlsperger, Modibo Maiga, Stewart Downing, Enner Valencia, Simone Zaza dan juga Robert Snodgrass. Jersi No.11 West Ham itu kini milik Jesse Lingard.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola). 

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jesse Lingard:

6 Pemain Man Utd Yang Bergelar Bintang Selepas ‘On-Loan’ Bersama Kelab Lain

Kembali Ke United Atau Kekal Di West Ham, Mana Lebih Baik Untuk Lingard?

Jesse Lingard Akui Hidupnya Lebih Baik Di West Ham

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN