Mikel Arteta Tidak Ragu Dengan Kemampuan Anak Buah Untuk Kembali Bangkit

Mikel Arteta

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta jelas optimis dan beranggapan tiada keraguan untuk melihat barisan pemainnya kembali bangkit daripada prestasi hambar dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21.

Meskipun cemerlang di peringkat Eropah apabila The Gunners mencatatkan rekod kemenangan bersih pada kempen Liga Europa, Arteta dan anak buahnya dikecam teruk berikutan aksi hambar di peringkat liga apabila mereka kini terperosok di tangga ke-15.

Selepas mengharungi 11 perlawanan liga, Arsenal hanya mampu mencatatkan empat kemenangan, satu keputusan seri dan enam kekalahan yang menyaksikan kelab London itu sekadar mengumpul 13 mata. Ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu yang merupakan seteru ketat London Utara, Tottenham Hotspur.

Keadaan itu bagaimanapun tidak langsung merisaukan Arteta yang dilihat masih meletakkan kepercayaan terhadap anak buahnya untuk kembali bangkit bagi meraih kemenangan.

Peluang tersebut perlu digunakan sepenuhnya oleh Arsenal apabila bakal membuat perhitungan menentang Burnley di Emirates Stadium, awal pagi Isnin nanti.

”Saya tidak mempunyai sebarang keraguan tentang bagaimana cara anak buah saya untuk bangkit memberikan tindak balas, betapa sukar kami mencuba dan melibatkan semua orang untuk memberikan sokongan kepada pasukan ini.”

”Kami perlu membuktikan dan mendapatkan tiga mata,” ujar Arteta menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Sekarang ini kami perlu tentang Liga Europa sehingga bulan Februari dan memberikan fokus terhadap Liga Perdana Inggeris, Piala EFL dan Piala FA apabila ia bermula.”

”Kami mempunyai skuad yang besar, kami turut ada pemain yang kembali daripada kecederaan, jadi kami mempunyai peluang untuk memilih siapa yang dirasakan baik pada ketika ini.”

”Ia memberikan lebih banyak pilihan dalam Liga Perdana Inggeris, untuk fokus dan mendapatkan keputusan yang kami mahukan.”

”Kami perlu untuk kembali mencatatkan kemenangan secepat mungkin. Kami tidak boleh mengekalkan keputusan yang kami terima pada enam hingga lapan minggu terakhir, kami perlu bermula Ahad ini,” tambah Arteta lagi.

Dengan Burnley yang sekadar mengutip enam mata, berdasarkan penilaian di atas kertas, anak buah Arteta seharusnya tidak berdepan masalah untuk kembali meraih tiga mata.

Kredit featured image: David Price/Arsenal FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Mikel Arteta dan Arsenal:

Ketumpulan Penyudah Peningkan Kepala Mikel Arteta

Mikel Arteta: Peranan Baharu Kelihatan Sesuai Buat Alexandre Lacazette

Jamie Carragher: Mesut Ozil Bukan Jawapan Kepada Masalah Arsenal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN