Jamie Carragher: Mesut Ozil Bukan Jawapan Kepada Masalah Arsenal

Mesut Ozil

Legenda Liverpool, Jamie Carragher mengakui bahawa Mesut Ozil bukanlah merupakan jalan penyelesaian terhadap aksi terumbang-ambing ditampilkan Arsenal pada ketika ini sehingga menyebabkan kelab London itu terperosok ke tangga ke-15 Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Skuad bimbingan Mikel Arteta itu hanya mampu mencatatkan empat kemenangan, satu keputusan seri dan enam kekalahan selepas mengharungi 11 perlawanan untuk mengumpul 13 mata. Hanya tujuh mata meninggalkan kelab yang berada di tangga ke-18, Burnley.

Sehubungan dengan keadaan tersebut, sebahagian besar peminat The Gunners merasakan kelab tersebut kehilangan perancang tengah kreatif selepas Ozil langsung tidak didaftarkan oleh Arteta bagi menghadapi saingan EPL dan Liga Europa.

Namun, Carragher melihat Arsenal menghadapi masalah yang lebih besar berbanding ketiadaan Ozil bagi membantu perjalanan pasukan tersebut pada ketika ini.

”Saya tidak merasakan jawapan [masalah prestasi Arsenal] adalah dengan membawa masuk Ozil,” ujar Carragher menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Ketika tiga pengurus memutuskan untuk tidak memberikan sokongan penuh kepadanya, saya tahu [Ljungberg] lebih banyak menurunkannya berbanding pengurus-pengurus lain tetapi saya fikir anda pernah melihat situasi di mana dia dikeluarkan dan melemparkan sarung tangannya [tanda kemarahan].”

”Mikel Arteta tidak menurunkannya, dua pengurus, mungkin tiga orang [termasuk Ljungberg], apakah mereka semua salah, benar begitu?”

”Tiada keraguan dia memang mempunyai kualiti, tetapi kita bercakap tentang Ozil selama beberapa tahun terakhir dan saya rasa dia bukan jawapan untuk memperbaiki masalah Arsenal.”

”Mengapa pengurus tidak memberikan peluang buatnya untuk beraksi? Pasti ada sesuatu.”

”Mungkin sekarang ada yang mengatakan tentang Arteta yang berada dalam tekanan atau situasi yang dia hadapan, saya bagaimanapun tidak akan memikirkan soal posisi Mikel Arteta. Saya sangat menyukai Arteta.”

”Terdapat banyak perkara yang tidak masuk akal di sekitar kelab ini. Saya merasakan beberapa rekrut mereka merupakan satu perkara lawak, dari aspek membawa masuk Willian, David Luiz, Cedric Soares. Itu merupakan usaha Kia Joorabchian dalam membawa masuk pemain-pemain tersebut.”

”Mikel Arteta membawa masuk [Thomas] Partey dan Gabriel, mereka kelihatan seperti dua pemain terbaik Arsenal pada ketika ini.”

Mereka telah mempunyai empat orang pengurus dan tiga CEO sejak 2018, sekarang tetaplah dengan Arteta, meskipun nanti akan ada lagi kesakitan buat Arsenal,” tambah Carragher lagi.

Kredit featured image: Harriet Lander/Copa/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Mesut Ozil:

Terus Terpinggir, Mesut Ozil Diketepikan Dari Skuad Arsenal Ke UEL

Mikel Arteta Kata Sukar Untuk Mesut Ozil Buat ‘Comeback’ Dengan Arsenal ‘Baharu’

Mertesacker Beri Sebab Kenapa Arsenal Gugurkan Mesut Ozil

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN