Mike Ashley Buatkan Pemain Newcastle United Gembira Berkenaan Isu Bonus

Newcastle United

Pemilik Newcastle United, Mike Ashley yang menimbulkan rasa tidak puas hati buat pengurus, Rafa Benitez kerana tidak memberikan sokongan dalam pembelian pemain ketika jendela perpindahan yang lalu, membuat keputusan yang melonjakkan moral pemainnya.

Keputusan yang dibuat adalah dengan penstukturan semula pemberian bonus pasukan yang dilakukannya.

Sebelum ini diberitakan pemain Newcastle United tidak berpuas hati dengan pengumuman pemberian bonus buat pasukan kerana Mike Ashley memperuntukkan £1 juta sekiranya Newcastle United berjaya menduduki tangga ke-17 liga dan tambahan jika dapat menduduki tangga yang lebih tinggi dari yang disasarkan.

Perkara tersebut ternayata tidak digemari oleh para pemain kerana beranggapan pasukan lain dalam saingan Liga Perdana Inggeris menawarkan sesuatu yang lebih baik berbanding tawaran dari Ashley tersebut.

Namun panggilan telefon yang dibuat pemilik kelab tersebut terus dengan ketua pasukan, Jamaal Lascelles menghadirkan perkembangan yang positif.

Newcastle United
LONDON, ENGLAND – DECEMBER 13: Newcastle United owner Mike Ashley (C), Linda Ashley (L) and managing director Lee Charnley (R) look on from the stand prior to the Barclays Premier League match between Tottenham Hotspur and Newcastle United at White Hart Lane on December 13, 2015 in London, England. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

Kata sepakat dapat dicapai oleh mereka berdua dengan peningkatan kepada  £4 juta akan diberikan sekiranya Newcastle berjaya menamatkan saingan musim ini ditempat ke-17 dan berjaya mengelak dari disingkirkan.

Peningkatan £1 juta bagi setiap kedudukan juga diberikan sekiranya The Magpies menamatkan saingan diatas kedudukan tempat ke-17.

Sebagai contoh, jika Newcastle berjaya menamatkan saingan liga ditempat ke-10, bermakna para pemain akan mendapat ganjaran sebanyak £11 juta untuk dikongsikan kepada semua pemain.

Selain itu, Mike Ashley turut menawarkan bonus tambahan sebanyak £20 juta sekiranya berjaya untuk menjuarai Piala FA.

Berita ini pastinya akan memberikan kegembiraan dan dapat meningkatkan moral skuad bimbingan Rafa Benitez yang kini sudah mencatatkan 2 kemenangan dalam saingan liga.

Berita penyelesaian isu bonus tersebut diserikan lagi dengan kehadiran semula Benitez yang kembali bersama pasukan selepas menjalani pembedahan pada awal bulan ini.

Benitez tidak bersama-sama mengendalikan pasukannya ketika menang menentang Swansea kerana beliau hanya berehat di rumah keluarganya di Merseyside. Pengurus berusia 57 tahun itu kembali ke Tyneside walaupun pemain masih bercuti satu hari.

Skuad Newcastle kembali ke latihan hari ini menjelang pertemuan dengan Stoke City di St James’ Park.

Sumber :

Sunderland Echo (2017) – http://www.sunderlandecho.com/sport/football/newcastle-united/newcastle-players-offered-20m-to-win-the-fa-cup-1-8750149

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN