Saya Percaya Semua Pemain Saya – Antonio Conte

Antonio Conte percaya pemilihan pemain yang dibuat ketika perlawanan Chelsea menentang Qarabag dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah pagi tadi membuktikan beliau mempercayai kesemua pemainnya.

Conte yang membawa Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris musim 2016-17 mengekalkan taktikal 3-4-3 yang digunakannya pada musim lalu, tetapi melakukan pembelian dengan nilai yang tinggi untuk membawa masuk beberapa pemain bagi meningkatkan kualiti pasukan dalam usaha merebut kejuaraan musim ini.

Pada perlawanan bertemu juara Azerbaijan pagi tadi, Conte memberikan peluang kepada pemain Itali, Davide Zappacosta untuk melakukan penampilan penuh pada perlawanan pertamanya di Stamford Bridge.

Michy Batshuayi, Willian dan Andres Christiansen juga turut diberikan peluang untuk menyinar pada perlawanan yang dimenangi Chelsea dengan keputusan 6-0 itu.

Penggiliran pemain harus dilakukan oleh Conte kerana Chelsea perlu mengharungi 7 perlawanan pada bulan ini.

Lawan yang bakal ditentang selepas ini juga bukanlah pasukan yang mudah kerana Atletico Madrid, Arsenal, Stoke City dan Manchester City bakal menanti mereka.

Antonio Conte
LONDON, ENGLAND – SEPTEMBER 12: Davide Zappacosta of Chelsea celebrates after he scores a goal to make it 2-0 with Willian of Chelsea during the UEFA Champions League group C match between Chelsea FC and Qarabag FK at Stamford Bridge on September 12, 2017 in London, United Kingdom. (Photo by Catherine Ivill – AMA/Getty Images)

Conte memberitahu kepada wartawan: ” Untuk bermain di Liga Juara-Juara Eropah, itu bermakna pengurus mempercayai anda.

”Mesej saya malam ini (pagi) ini: saya percaya semua pemain saya. Bukan hanya dengan kata-kata tetapi dengan fakta.”

”Jika kami fikir untuk bermain seperti musim lepas dengan 13 pemain sahaja, kami sangat gila.”

”Kami perlu mempertingkatkan kesemua pemain dan cuba untuk mewujudkan persaingan yang sihat, persaingan yang positif diantara mereka. Ia sangat penting.”

Sementara itu, Eden Hazard melakukan penampilan kedua musim ini buat Chelsea selepas pulih dari kecederaan buku lali apabila sekali lagi masuk sebagai pemain gantian, tetapi pengendali dari Itali itu berkata masih terlalu awal untuk membicarakan tentang peluang pemain Belgium itu samada dapat diturunkan sebagai kesebelasan utama ketika bertemu Arsenal pada Ahad nanti.

”Kita perlu sedikit bersabar dengannya dan saya berusaha memberikan kemungkinan buat Eden (Hazard) untuk pulih dengan baik,” tambah Antonio Conte lagi.

”Kita mesti tenang dan lakukan yang terbaik buat pemain dan pasukan.”

Sumber :

Evening Standard (2017) – https://www.standard.co.uk/sport/football/antonio-conte-insists-he-trusts-his-chelsea-squad-after-crazy-titlewinning-season-a3633451.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN