Pemilik Newcastle United, Mike Ashley yang menimbulkan rasa tidak puas hati buat pengurus, Rafa Benitez kerana tidak memberikan sokongan dalam pembelian pemain ketika jendela perpindahan yang lalu, membuat keputusan yang melonjakkan moral pemainnya.
Keputusan yang dibuat adalah dengan penstukturan semula pemberian bonus pasukan yang dilakukannya.
Sebelum ini diberitakan pemain Newcastle United tidak berpuas hati dengan pengumuman pemberian bonus buat pasukan kerana Mike Ashley memperuntukkan £1 juta sekiranya Newcastle United berjaya menduduki tangga ke-17 liga dan tambahan jika dapat menduduki tangga yang lebih tinggi dari yang disasarkan.
Perkara tersebut ternayata tidak digemari oleh para pemain kerana beranggapan pasukan lain dalam saingan Liga Perdana Inggeris menawarkan sesuatu yang lebih baik berbanding tawaran dari Ashley tersebut.
Namun panggilan telefon yang dibuat pemilik kelab tersebut terus dengan ketua pasukan, Jamaal Lascelles menghadirkan perkembangan yang positif.
Kata sepakat dapat dicapai oleh mereka berdua dengan peningkatan kepada £4 juta akan diberikan sekiranya Newcastle berjaya menamatkan saingan musim ini ditempat ke-17 dan berjaya mengelak dari disingkirkan.
Peningkatan £1 juta bagi setiap kedudukan juga diberikan sekiranya The Magpies menamatkan saingan diatas kedudukan tempat ke-17.
Sebagai contoh, jika Newcastle berjaya menamatkan saingan liga ditempat ke-10, bermakna para pemain akan mendapat ganjaran sebanyak £11 juta untuk dikongsikan kepada semua pemain.
Selain itu, Mike Ashley turut menawarkan bonus tambahan sebanyak £20 juta sekiranya berjaya untuk menjuarai Piala FA.
Berita ini pastinya akan memberikan kegembiraan dan dapat meningkatkan moral skuad bimbingan Rafa Benitez yang kini sudah mencatatkan 2 kemenangan dalam saingan liga.
Berita penyelesaian isu bonus tersebut diserikan lagi dengan kehadiran semula Benitez yang kembali bersama pasukan selepas menjalani pembedahan pada awal bulan ini.
Benitez tidak bersama-sama mengendalikan pasukannya ketika menang menentang Swansea kerana beliau hanya berehat di rumah keluarganya di Merseyside. Pengurus berusia 57 tahun itu kembali ke Tyneside walaupun pemain masih bercuti satu hari.
Skuad Newcastle kembali ke latihan hari ini menjelang pertemuan dengan Stoke City di St James’ Park.
Sumber :
Sunderland Echo (2017) – http://www.sunderlandecho.com/sport/football/newcastle-united/newcastle-players-offered-20m-to-win-the-fa-cup-1-8750149