Kisah Micronesia: Pasukan Bola Sepak Terteruk Di Dunia

Micronesia, sebuah negara di kepulauan Pasifik, baru sahaja mencatatkan kekalahan ketiga berturut-turut di kelayakan Sukan Olimpik 2016 semalam. Micronesia tewas 46-0 kepada Vanuatu – pasukan yang menduduki tempat ke-200 di ranking FIFA.

Pada separuh masa pertama, Micronesia sudah pun ketinggalan 24-0.

Dalam 2 perlawanan yang lepas, Micronesia tewas 30-0 kepada Tahiti (ranking FIFA ke-182) dan 38-0 kepada Fiji (ranking FIFA ke-195).

Micronesia sendiri belum berdaftar di bawah FIFA. Ini adalah kali pertama Micronesia berjaya mengumpul 18 pemain untuk bertanding di perlawanan bola sepak antarabangsa.

Dewasa lawan kanak-kanak

“Ianya bagaikan melihat orang dewasa menentang kanak-kanak,” kata ketua jurulatih Micronesia, Stan Foster. “Bola sepak di peringkat awal-awal sebegini memang sukar. Kami masih di peringkat tadika. Kami perlu belajar dan berlatih lebih keras selepas balik nanti.”

Foster turut memberitahu bahawa 3 perlawanan ini adalah kali pertama pemain-pemainnya dapat bermain bola sepak 11 vs 11.

“Majoriti pemain saya tak pernah keluar kampung pun. Apatah lagi pergi ke pulau lain.”

“Saya bawa mereka ke Guam beberapa hari lepas dan itulah kali pertama mereka nampak lif dan escalator. Ini adalah langkah yang cukup besar bagi mereka (pergi ke Guam) dan mereka sangat teruja.”

0001481169

Kepulauan kecil bawah pentadbiran Amerika Syarikat

Micronesia merupakan negara kepulauan yang berada di bawah pentadbiran Amerika Syarikat. Negara ini terdiri daripada 4 negeri yang mempunyai 607 pulau kesemuanya! Populasi negara mereka hanya sebanyak 100,000 orang.

Map_of_the_Federated_States_of_Micronesia_CIA

Walaupun berada di bawah pentadbiran Amerika Syarikat, Micronesia masih mempunyai kuasa untuk membentuk kerajaan sendiri. Mereka mempunyai kerusi di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu.

Kegiatan ekonomi utama di Micronesia adalah pertanian dan perikanan. Tetapi majoriti duit kerajaan mereka datang dari sumbangan kerajaan Amerika Syarikat.

Lihat perkara yang positif

Bagi jurulatih bola sepak, melihat perkara positif selepas tewas 3 perlawanan berturut-turut, bolos 114 gol dan gagal menjaringkan sebarang gol adalah perkara yang mustahil.

Tetapi ketua jurulatih Micronesia, Stan Foster, tiada pilihan lain. Melihat perkara positif di sebalik kekalahan besar ini adalah tanggungjawab kerjanya.

Ketika tewas 38-0 menentang Fiji, Foster melihat persembahan pemainnya pada separuh masa kedua agak baik berbanding pada separuh masa pertama.

“Kami main lebih bagus pada separuh masa kedua. Marking dari pemain kami agak longgar pada separuh masa pertama. Jadi saya suruh mereka melakukan marking yang lebih ketat (man-to-man marking). Barulah elok sikit.”

Kata-kata Foster ada betulnya. Selepas bolos 21 gol pada separuh masa pertama, Micronesia (hanya) bolos 17 gol pada separuh masa kedua.

Dalam perlawanan tersebut, Foster juga membuat perubahan taktikal yang berani. Beliau menggantikan penjaga golnya, Walter Pengelbew dan menyuruh pemain tengah, Dominic Gadad (dalam bulatan), untuk bermain sebagai penjaga gol kerana kemahirannya dalam sukan bola keranjang.

dominicgadad

Malu selepas kalah kepada Tahiti

“Pemain mereka sangat besar,” kata Gadad, pemain tengah yang terpaksa menjadi penjaga gol pada separuh masa kedua ketika menentang Tahiti.

“Mereka mengalahkan kami dan membuat lawak tentang kami. Memang memalukan,” kata Gadad apabila merujuk kepada pemain Tahiti yang membuat tarian haka di hadapan pemain Micronesia selepas menang 30-0.

“Ini sukar bagi kami kerana kami baru sahaja belajar bermain bola sepak.”

Kata-kata Gadad ada benarnya. Semua pemain Micronesia hanya mula bermain bola sepak 18 bulan yang lepas. Gadad hanya baru belajar bermain sebagai penjaga gol 3 minggu lepas (4 minggu semasa artikel ini sedang ditulis).

Majoriti gol yang Micronesia bolos adalah disebabkan oleh sepakan gol (goal kick) mereka yang teruk (tidak melepasi garisan tengah padang). Malah kebanyakan sepakan gol mereka sendiri diambil oleh penyerang mereka.

Bagi ketua jurulatih Micronesia, perkara pertama di fikirannya selepas kekalahan ini adalah melatih mereka perkara asas dalam bola sepak.

“Mereka perlu belajar menahan bola (first touch).”

Tetapi bagi Gadad, perkara pertama di fikirannya lebih ringkas.

“Saya mahu menjaringkan satu gol.”

Kesimpulan

2 kekalahan Micronesia ini sudah pun melepasi rekod kekalahan terteruk di dunia apabila pasukan kebangsaan American Samoa dibelasah Australia 31-0 pada tahun 2001.

Tetapi ini adalah perlawanan yang melibatkan pasukan bawah-23 tahun. Jadi mungkin rekod American Samoa belum dipecahkan Micronesia lagi.

Kami pernah menulis tentang peningkatan pasukan kebangsaan American Samoa yang turut mempunyai seorang pemain transgender di bahagian pertahanan mereka. Daripada kalah 31-0, American Samoa kini sudah berjaya mencatatkan kemenangan pertama.

Baca: Bagaimana Pasukan Bola Sepak Paling Teruk Di Dunia Bangkit Dari Kekalahan 31-0

Kini American Samoa sudah setaraf dengan jiran mereka yang lebih lama bermain bola sepak seperti Tonga, Samoa dan Kepulauan Cook.

Micronesia juga boleh melakukan perkara sama seperti American Samoa. Mereka hanya perlu terus bermain bola sepak dan menggalakkan rakyat mereka untuk bermain bola sepak.

Satu perkara yang bagus apabila anda berada di bawah sekali adalah anda tiada arah lain untuk dituju selain ke atas.

Baca juga: Mereka Tiada Padang Bola. Apa Yang Kanak-Kanak Ini Lakukan Untuk Bermain Bola Memang Mengagumkan

Sumber: Irish Times, The Guardian

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Download apps Semuanya BOLA di Google Play Store untuk tidak terlepas artikel terbaru daripada kami!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN