Quantcast

BERITA

Mereka Tiada Padang Bola. Apa Yang Kanak-kanak Ini Lakukan Untuk Bermain Bola Memang Mengagumkan.

Sekali pandang, Koh Panyi tak ubah seperti perkampungan nelayan Melayu Bajau Pantai Timur di Semporna, Sabah. Rata-rata penduduknya bekerja sebagai nelayan dan penyelam.  Majoriti penduduknya beragama Islam. Nenek moyang mereka berasal dari kepulauan Sumatera dan Jawa yang berhijrah lantaran gempa bumi di kepulauan Sumatera pada akhir abad ke-17 dan awal abad ke-18.

Kredit: ColorsMagazine

Kredit: ColorsMagazine

panyi4

Perkampungan Koh Panyi (sumber: Wikipedia)

Perkampungan Koh Panyi (sumber: Wikipedia)

Koh Panyi (berasal dari nama Pulau Panji) merupakan sebuah pulau yang tak besar mana pun. Populasi penduduknya kurang 2000 orang. Tetapi Koh Panyi terkenal di seluruh Thailand kerana satu faktor.

Bola sepak.

Kelab bola sepak remaja Koh Panyi merupakan juara kejohanan bola sepak remaja Selatan Thailand pada 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009 dan 2010. And may I remind you guys, this is a football team selected from a population of less than 2000 people. Dan mereka tinggal di atas laut! Di mana mereka bermain bola?

 

Bagaimana Koh Panyi bermula sebagai sebuah pasukan bola sepak?

Bermula kerana demam Piala Dunia 1986, sekumpulan kanak-kanak Koh Panyi mula gatal kaki untuk bermain bola. Cuma ada satu masalah. Mereka tinggal di atas laut.

(Sumber: TMBbrand Youtube)

(Sumber: TMBbrand Youtube)

Tetapi masalah itu tidak meluntur semangat main bola mereka. Menggunakan rakit kecil yang dicantum-cantum dengan paku sehingga menjadi semacam gelanggang futsal, mereka berjaya membina tempat bermain bola mereka sendiri. Di atas air.

(Sumber: TMBbrand Youtube)

(Sumber: TMBbrand Youtube)

(Sumber: TMBbrand Youtube)

(Sumber: TMBbrand Youtube)

Dengan paku-pakunya yang terjuntai (what do expect from a bunch of kids hammering skills?) mereka berhadapan risiko tersepak paku ketika bermain. Ketika hujan, gelanggang rakit mereka yang diperbuat daripada buluh menjadi licin. Disebabkan mereka bermain di atas laut, mereka perlu melatih skil, first touch dan close dribbling skills mereka supaya bola tak jatuh ke dalam air selalu.

Satu benda yang pasti, mereka tidak akan buat perangai clear bola jauh-jauh dan rembat kuat-kuat. Di gelanggang ini mereka belajar passing from the back dan placing shot.

Apabila kanak-kanak tahun 1986 ini mneyertai pertandingan bola sepak menentang daerah-daerah lain, mereka sedar mereka lebih berskil berbanding kanak-kanak Thailand yang lain. Pada penyertaan sulung mereka dalam kejohanan bola sepak peringkat negeri (Phang Nga Province), mereka menduduki tempat ke-3.

not-bad-obama-meme

 

Apa faedahnya budak-budak bagan ini bermain bola?

Sejak kejayaan kanak-kanak 1986 yang menduduki tempat ke-3 pada peringkat negeri, bola sepak menjadi sukan nombor satu Koh Panyi. Mereka menghantar pasukan remaja mereka setiap tahun ke pertandingan peringkat akar umbi.

Bermula pada tahun 2004 usaha mereka membuahkan hasil apabila mereka mendominasi bola sepak Selatan Thailand selama 7 tahun berturut-turut.

Kisah scene bola sepak di Koh Panyi ini diabadikan dalam satu filem pendek terbitan TMB Bank.

Sejak dokumentari ini dikeluarkan, ramai pelancong yang datang ke Koh Panyi. Sektor pelancongan pula menjadi industri utama penduduk Koh Panyi. Gelanggang bola terapung era 1986 masih ada di kampung mereka dan kini menjadi tarikan pelancong.

Tak keterlaluan kalau kita berkata kerana bola sepaklah ekonomi penduduk Koh Panyi meningkat.

Baca: Adakah Saiz Padang Mempengaruhi Keputusan Perlawanan? (Ya, Saiz Padang Memang Tidak Seragam)

Kesimpulan

Kanak-kanak Koh Panyi bermain bola (sumber: jeffreydonenfeld.com)

Kanak-kanak Koh Panyi bermain bola (sumber: jeffreydonenfeld.com)

Kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya?

Banyak yang kita boleh belajar dari kisah bola sepak Koh Panyi. Ketiadaan padang bukanlah alasan untuk tidak bermain bola. Sebagai kanak-kanak 90-an, ingat tak kita pernah bermain dengan menggunakan tin yang dipenyek sebagai bola, batu tepi jalan sebagai tiang gol dan lantai kelas sebagai padang?

Masih wujud lagikah scene bermain bola seperti ini di zaman padang ditarah untuk dijadikan parking lot dan perlu meminta kebenaran Majlis Daerah pula tu?

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola.

P/s: Thanks to Muhsin Abd Aziz for the idea!  PM us on FB fanpage Semuanya BOLA if you guys have other football-related videos you want us to write.