MFL Kesal Dituduh Rakan Kongsi Tuding Jari Isu Pemotongan Geran

Kevin

Malaysian Football League (MFL) mengakui kesal dengan sikap segelintir rakan kongsi yang mengambil pendirian menuding jari terhadap badan penganjur Liga Malaysia itu semata-mata mahu menutup kesalahan mereka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam, beliau menyangkal laporan tidak berasas kononnya hukuman itu dilaksanakan tanpa sebab sebaliknya mendedahkan MFL terlebih dahulu mengadakan perjumpaan kepada pasukan-pasukan sebelum mengeluarkan hukuman ke atas mereka.

MFL

Kata lagi Kevin, beliau berasa sangat sedih apabila ada segelintir pasukan memainkan sentimen ‘mangsa keadaan’ dengan cuba untuk menyalahkan pihak pengurusan tertinggi MFL selepas hukuman dikeluarkan kepada pasukan-pasukan terbabit.

“Semua tujuh pasukan telah diadakan perjumpaan berhubung dengan hukuman untuk isu-isu pendaftaran yang mereka hadapi di mana perjumpaan ini dibuat dengan setiap pasukan secara individu.

“Semasa dalam perjumpaan itu, semua memahami hukuman itu dan memahami keperluan untuk MFL konsisten dengan isu pendaftaran tahun demi tahun.

“Walau bagaimanapun, apabila pengumuman dibuat ada beberapa pasukan berpura-pura bahawa mereka tidak pernah tahu apa-apa mengenainya dan ia sangat mengecewakan buat kami.

“Walaupun kebanyakan pasukan yang terlibat telah menyatakan pemahaman dan kerjasama, mereka enggan mengaku kesalahan sendiri sebaliknya memilih untuk menyalahkan orang lain.

“Sudah tentu MFL, pihak pengurusan, Ahli Lembaga Pengarah, diri saya sebagai CEO dan bahkan pengerusi kami, Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim akan dipersalahkan oleh pihak-pihak ini walaupun kekurangan adalah pada diri mereka sendiri,” katanya.

Kelmarin, MFL mengumumkan tujuh pasukan Kuala Lumpur, Felda United, Melaka yang beraksi dalam Liga Super dan Kelantan, PDRM, Sarawak, Pulau Pinang (Liga Premier) dikenakan tindakan pemotongan sebanyak 50 peratus daripada jumlah geran bagi musim 2019 di atas kegagalan mematuhi tarikh akhir pendaftaran pasukan pada 31 Disember 2018.

Bagaimanapun lima daripada tujuh pasukan iaitu Kuala Lumpur, Kelantan, Pulau Pinang, PDRM dan Sarawak turut dikenakan denda sekatan perpindahan bagi jendela perpindahan kedua bermula pada 2 Mei depan kerana mengulangi kesalahan sama seperti tahun lalu.

Namun MFL tidak terus menghukum sebaliknya kesemua pasukan yang dikenakan hukuman itu berhak membuat rayuan dalam tempoh 7 hari iaitu sehingga 5 petang 29 April ini.

Kelantan, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, PDRM dan Sarawak serta Melaka juga diwajibkan untuk menyerahkan dokumen/pelan kepada MFL yang menunjukkan kestabilan kewangan pasukan, jumlah pendapatan pasukan bagi musim 2019 dan bukti serta dokumen yang menunjukkan semua tunggakan hutang telah diselesaikan dalam tempoh 30 hari daripada pengumuman ini dibuat iaitu pada atau sebelum 5 petang 22 Mei ini.

Sekiranya dokumen-dokumen tersebut masih tidak diserahkan dalam tempoh yang diberikan, pemotongan sebanyak 3 mata akan dikenakan kepada pasukan terbabit.

Dalam perkembangan sama, Kevin menegaskan perbuatan itu tidak akan sesekali memecahkan keharmonian rakan-rakan kongsi lain yang sentiasa memberikan kerjasama.

“MFL sedang berkembang dan kebanyakan rakan kongsi bersama -sama berada di atas ‘kapal’ ini dan ini menunjukkan kerjasama dan sokongan yang sangat baik untuk satu sama lain dan MFL secara keseluruhan.

“Memang jelas bahawa orang-orang yang tidak bermaju sudah pasti akan menginginkan perubahan yang memihak kepada mereka, supaya kemajuan MFL akan mengikut ‘pace’ mereka.

“Jika kita terus melangkah ke belakang, maka kita tahu bahawa mereka tidak mahu berubah dan tidak mahu menjadi lebih maju,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN