Guardiola Tembak Balik Solskjaer Selepas Dituduh Bermain Kasar, Siapa Lebih Kasar?

Pogba

Pengendali Manchester City – Pep Guardiola ternyata tidak percaya dengan komen pelik Solskjaer yang menuduh Manchester City gemar membentes dan bermain kasar dengan lawan.

Dalam sidang media sebelum perlawanan, wartawan bertanya kepada Gurdiola; komen beliau tentang kenyataan Solskjaer yang menyatakan: “Manchester City akan mengasari kami. Mereka akan merentap buku lali dan kaki kamu serta menendang kamu.”

Solskjaer bertekad akan cuba bangkit dalam perlawanan derbi Manchester demi menghidupkan semula harapan ke UCL musim hadapan.

Guardiola pelik kenyataan Solksjaer

Pep Guardiola jelas sekali tidak percaya dengan kenyataan oleh Solskjaer.

Pep memberikan respon: “Adakah benar beliau berkata begitu? Dengan purata penguasaan bola 65%-70% setiap perlawanan, bagaimana mungkin kami melakukannya?”

“Saya tidak sukakanya. Pasukan saya tidak dibentuk untuk bermain begitu.”

Beberapa bulan lalu, Guardiola juga pernah menafikan Manchester City adalah pasukan yang akan melakukan foul taktikal untuk menghalang serangan balas lawan.

Guardiola menambah lagi: “Sepanjang 10 musim saya menjadi pengurus, tidak pernah sekali terlintas dalam kepala saya untuk mengajar pemain bermain seperti ini. Tidak sama sekali.”

“Dalam bola sepak, faul adalah sebahagian daripada sukan ini. Ini kerana bola sepak sukan yang pantas. Namun saya tidak pernah memberitahu pemain untuk mengasari lawan untuk mematikan serangan mereka.”

Siapa lebih kasar?

Guardiola kemudian meminta wartawan bertanyakan semula soalan itu selepas tamat perlawanan derbi Manchester. Guardiola mahu tahu pasukan mana yang lebih kasar di atas padang.

Namun begitu Guardiola telah membuat satu kenyataan balas yang agak berisiko. Beliau berpendapat, kenyataan Solskjaer itu boleh mempengaruhi pengadil di dalam perlawanan.

Pada November lalu, Guardiola diberikan amaran rasmi oleh FA England kerana komen ke atas pengadil Anthony Taylor – sebelum perlawanan.

Rafa Benitez didenda £60,000 kerana komen beliau ke atas Andre Marriner sebelum perlawanan menentang Palace.

Anthony Mariner akan menjadi pengadil yang akan mengadili perlawanan di Old Trafford.

Guardiola berkata, kenyataan Solskjaer: “City akan menghantar ramai pemain ke atas dan kami akan cuba menghalang mereka. Ketika kami memenangi bola, mereka akan mengasari kami kembali.” ; ini akan membuatkan pengadil terpengaruh.

“Jika kamu tanya sama ada ianya mempengaruhi pengadil, itulah alasan [kenyataan itu dibuat], sudah tentu.”

“Namun ianya taktikal yang tak akan berjaya kerana kami tidak akan bermain seperti itu.

Apa kata opta?

Adakah Solskjaer mengeluarkan kenyataan berdasarkan fakta dan statistik yang sudah dikaji oleh beliau?

Dan adakah Guardiola menyindir wartawan agar datang tanya balik selepas perlawanan kerana beliau ada statistik?

Sebenarnya, statistik juga jelas tidak menyokong kenyataan Solskjaer.

Berdasarkan sumber statistik opta, City memberikan 170 sepakan percuma kepada lawan – tidak termasuk ofsaid. Sedangkan Man. United melakukan 195 faul untuk statistik yang sama.

Untuk jumlah kad disiplin Manchester City hanya mengumpul 38 kad kuning dan 1 kad merah dalam saingan EPL musim ini.

Berbeza dengan Man. United yang mengumpul hampir 2 kali ganda jumlah kad kuning dengan – 64 kad kuning serta 4 kad merah setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN