MFL Akan Jelas Geran Tertunggak Pada November Ini

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berkata baki geran tahunan berjumlah RM1.5 juta atau RM500,000 yang sepatutnya diterima oleh pasukan Liga Super dan Liga Premier akan dibayar sepenuhnya pada November akan datang.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi seperti yang dilaporkan oleh Bernama pada hari ini.

Menurut Yusoff perkara itu tidak perlu dipertikaikan kerana MFL tetap akan berpegang kepada janji sebagai badan pentadbir Liga Malaysia.

“Komitmen nak membayar itu masih ada…jadi nilai RM3 juta dan RM1 juta tetap akan dilunaskan, cuma sekarang ini kita masih perlukan masa atas kekangan yang semua sedia maklum bahawa kita tidak dapat penaja tahun ini,” ujar beliau.

“Tetapi MFL sedang bekerja keras supaya seboleh-bolehnya kita dapat melunaskan baki 50 peratus itu pada bulan November selewat-lewatnya. Jadi kena sabar sikit sebab kita dalam usaha memastikan apa dijanjikan pada tahun lepas dapat ditunaikan sepenuhnya.

“Jangkaan awal memang sepatutnya boleh selesai 15 julai dan 15 ogos. Tetapi daripada kekangan yang dihadapi kita tidak dapat memastikan ia berlaku seperti dirancang, sekali gus memaksa kita memerlukan lebih masa untuk selesaikan jumlah baki tersebut,” jelas beliau.

Foto: MFL

Usaha MFL untuk menjelaskan jumlah geran tersebut dipercayai berhadapan kesukaran selepas mengalami masalah penarikan penaja utama, Telekom Malaysia pada awal musim.

Untuk rekod, MFL telah membayar separuh daripada agihan geran pada Julai lalu, dan baki seterusnya sepatutnya dijadualkan diterima oleh setiap pasukan pada Ogos lalu.

Namun demikian, MFL gagal melakukan pembayaran sehingga beberapa pasukan mulai mempersoalkan kelewatan tersebut.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN