Piala Carabao: Colchester Cipta Kejutan Singkir Totenham Hotspur

Kelab League Two, Colchester menambah kesengsaraan Totenham pada musim ini, apabila berjaya meyingkirkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dari pertandingan Piala Carabao pada pagi tadi.

Tiada jaringan dihasilkan sepanjang tempoh masa perlawanan sebenar, untuk pemenang perlawanan ditentukan melalui penentuan sepakan penalti.

Tottenham menggabungkan gandingan pemain muda dan berpengalaman untuk perlawanan di Colchester ini. Namun gandingan Lucas Moura, Dele Alli dan Oliver Skipp yang beraksi di bahagian tengah di belakang Troy Parrot tampak kurang tajam dalam gerakan.

Tottenham yang hadir sebagai pasukan pelawat hanya mempunyai satu percubaan tepat pada babak pertama – walaupun menguasai perlawanan.

Itu pun melalui sepakan percuma Moura yang diselamatkan oleh penjaga gol Colchester, Dean Gerken.

Sepanjang babak pertama, Colchester gagal menghasilkan sebarang percubaan tepat ke arah gawang Tottenham, namun bagi penyokong mereka, ianya lebih penting untuk mempertahankan kedudukan menentang naib juara eropah musim lalu itu.

Babak kedua, Colchester mula melakukan ancaman melalui beberapa gerakan namun ianya masih gagal untuk menyukarkan penjaga gol Tottenham dalam perlawanan ini, Gazzaniga sepanjang 90 minit perlawanan.

Spurs sepatutnya mempunyai cukup masa untuk mengubah keadaan dengan kemasukkan pemain utama seperti Christian Eriksen, Erik Lamela dan Heung-min Son, namun ia tidak mengubah persembahan pasukan.

Eriksen tampil sebagai pemain pertama untuk mengambil sepakan dalam penentuan, namun berjaya dihalang oleh penjaga gol Colchester. Selepas Moura turut gagal menyempurnakan sepakan, Tom Lapslie melawan rasa gemuruh beliau menewaskan Paulo Gazzanifa untuk memastikan kemaraan Colchester ke pusingan seterusnya.

Bagi Pochettino, ini adalah pertama kali pasukan kendalian beliau ditewaskan oleh pasukan dari liga bawahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN