Mesut Ozil Hargai 4 Tahun Di Arsenal, Bidas Beberapa Legenda Yang Asyik Mengkritik

Semalam peminat bola sepak terkejut dengan satu status panjang lebar yang Mesut Ozil tulis di laman facebook beliau.

Dalam tulisan beliau, Ozil menceritakan pengalaman pahit manis beliau selama 4 musim di Arsenal.

Arsenal dalam krisis?

“Hari ini 2 September 2017, saya dan pasukan kebangsaan Jerman kini sedang dalam langkah besar untuk mara ke Piala Dunia Russia selepas menang ke atas Republik Czech 2-1.”

“Dalam beberapa hari ini beberapa rakan saya di dalam pasukan Jerman bertanya kepada saya tentang segalanya tentang Arsenal buat masa ini.”

“Mereka memberitahu mereka terbaca krisis terkini di Arsenal dan beberapa pundits dan bekas pemain Arsenal berterusan memberikan komen setiap hari seperti biasa.”

“Mereka menuduh ini adalah pasukan Arsenal yang paling teruk dalam masa 10 tahun terakhir ini bahkan untuk beberapa dekad ini.”

Kenangan menyertai Arsenal

“Saya menulis teks ini ketika besama-sama dengan orang yang rapat dengan saya dan kami sedang meraikan sesuatu.”

“Walaupun tiada perlawanan dimenangi hari ini ataupun tiada trofi dijulang hari ini, saya dan Arsenal sedang meraikan ulangtahun kami.”

“4 tahun yang lalu saya berpindah dari Real Madrid ke Arsenal pada saat-saat akhir. Arsene Wenger meyakinkan saya.”

“Dia memberitahu saya tentang sejarah hebat kelab ini, tentang beberapa legenda hidup seperti Bergkamp, Vieira dan Pirès, yang banyak terhutang budi dengan pengurus di dalam kejayaan karier mereka.”

“Arsene memberitahu saya bagaimana dia akan membantu saya membangun sebagai seorang pemain. Itu adalah perkara yang mahu didengar oleh setiap pemain dan ia satu peransang.”

“Walaupun banyak halangan untuk datang ke EPL, saya tetap menerima cabaran itu. Saya mula bermain di sayap kiri dan saya akui saya bukannya menggemari peranan itu.”

Posisi dan cabaran EPL

“Saya lebih baik beraksi di peranan no.10. Kerana, apabila saya berada di tengah saya boleh mengawal rentak dan mencipta peluang.”

“EPL liga yang menuntut keupayaan fizikal berbanding dengan La Liga ataupun Bundesliga. Seri 1-1 di sini lebih sukar, kelab-kelab kecil di sini juga kuat dan senang-senang boleh menewaskan anda.”

“Selain itu, di sini tiada rehat musim dingin, ini bermaksud, musim di EPL sangat panjang dan meletihkan terutama sekali juka anda bermain di kejohanan Eropah dan peringkat antarabangsa.”

Kejayaan

“Banyak pencapaian kami dalam 4 tahun ini. 3 daripada 13 Piala FA telah diselesaikan dalam masa 4 tahun. 10 yang terdahulu mengambil masa 75 tahun.”

“Kami juga menambah 3 perisai komuniti. Jadi kira ada 6 kejuaraan yang kami dapat dalam masa 4 tahun.”

“Namun begitu, perkara yang sangat mengecewakan saya dan rakan sepasukan ialah kegagalan dalam persaingan liga musim lalu.”

Ozil: “Legenda Arsenal harus berhenti bercakap dan mula meyokong!”

“Secara peribadinya, saya telah menerima banyak kritikan sejak saya berada di London. ‘Terlalu mahal, terlalu tamak, bahasa tubuh yang teruk, dan tidak cukup semangat melawan’. Itulah yang orang kata tentang saya.”

“Sebahagian daripada komen ini dibuat oleh orang yang tidak mengenali saya, dan sebahagian lagi adalah daripada bekas pemain, sama ada mereka bekas pemain yang berjaya ataupun yang tidak berjaya ketika mereka bermain di kelab ini.”

“Walaupun kritikan itu asam garam untuk pemain bola sepak, saya sentiasa mengharapkan seorang legenda itu untuk bersikap seperti legenda.”

“Nasihat saya kepada bekas-bekas pemain Gunners ini, berhenti bercakap dan mula menyokong.”

Arsenal istimewa di hati Ozil

“Saya mahu berterima kasih kepada semua Gooners yang sentiasa menyokong dan percaya kepada saya. Setiap kali saya meninggalkan Emirates selepas perlawanan, saya melihat penyokong-penyokong berdiri, bersorak di sepanjang jalan.”

“Ketika saya bermain bagus, saya mendengar anda menyanyikan lagu saya, dan saya sangat berbangga, dan membuatkan bulu roma saya meremang setiap kali mendengarnya.”

“Saya bertuah kerana pernah bertemu Brendan dan Charlie. Mereka berdua terus menyokong kelab ini walaupun tengah sakit. Kekuatan mereka adalah motivasi positif untuk diri saya.”

“Selain itu, saya bersyukur dengan semua perhubungan secara peribadi yang saya miliki di sini selama 4 tahun.”

“Walaupun saya secara peribadi tidak tahu bagaimana karier saya akan berakhir musim ini, saya tidak sabar-sabar untuk memulakan musim ke-5 dengan Arsenal.”

“Ini kerana Arsenal kelab yang hebat dengan orang yang hebat serta tradisi yang hebat. Saya berbangga kerana berpeluan menyarung jersi anda Gooners.”

“Saya ada terlalu banyak memori hebat sejak 4 tahun dan saya menghargai makna kelab ini kepada orang di London, UK dan di seluruh dunia.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN