Jose Mourinho Pamer Sisi Berbeza Dirinya Dalam Perlawanan Amal

Ketika terlibat dalam perlawanan amal Game4Grenfell, Jose Mourinho telah mempamerkan kemahirannya yang jarang sekali dapat dilihat di dalam padang.

Perlawanan amal tersebut telah berlangsung di Loftus Road pada 2 September lalu.

Perlawanan amal ini adalah untuk membantu mengumpul dana bagi mangsa kebakaran bangunan 24 tingkat, Menara Grenfell, 14 Jun lalu.

Sehingga kini, ia telah menyebabkan sejumlah 80 kematian dan 70 kecederaan. Jumlah sebenar kematian hanya dapat diketahui pada 2018.

Ke mana sahaja pengurus Manchester United ini pergi, pastinya perhatian akan terarah kepadanya. Mourinho dimasukkan di babak kedua menggantikan bekas penjaga gol England, David James.

Ya, Mourinho beraksi sebagai penjaga gol dalam perlawanan amal ini!

Mourinho masuk menggantikan David James. Foto: James Gourley/REX

Walaupun ayahnya adalah penjaga gawang secara profesional di Portugal satu masa dahulu, Mourinho tidak pernah beraksi di posisi tersebut sepanjang kariernya.

Namun, beliau mempamerkan beberapa aksi profesional dalam menyelamatkan gawang pasukannya.

Mendahului 2-1, beliau telah memberikan lawan gol penyamaan yang didakwanya sebagai kesilapan panjaga garisan yang tidak membatalkan jaringan tersebut yang dijaringkan dalam kedudukan offside. Dan dengan melihat ulang tayang, ternyata dakwaannya tepat.

Chris Edwards menewaskan Mourinho untuk gol kedua pasukan Les Ferdinand. Foto: Reuters

Mourinho turut dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Mark Halsey kerana didapati melengah-lengahkan perlawanan ketika mengambil sepakan gol sejurus sebelum lawan memperolehi jaringan penyamaan selepas itu.

Perlawanan akhirnya ditentukan menerusi sepakan penalti yang dimenangi oleh pasukan kendalian Les Ferdinand, 5-3. Mourinho yang beraksi untuk pasukan Alan Shearer gagal menyelamatkan sebarang sepakan penalti lawan, walaupun telah mencuba sebaik mungkin.

Antara aksi menarik Mourinho menyelamatkan gawangnya. Foto: James Gourley/REX

Walaupun tewas, Mourinho telah dilihat menikmati perlawanan amal tersebut dan juga dilihat mengambil foto bersama para peminat serta berbual dengan para hadirin selepas perlawanan tamat.

Perlawanan amal ini turut menyaksikan 4 mangsa yang terselamat dan 2 pegawai bomba turun beraksi pada minit ke-80. Kemasukkan mereka telah disambut dengan meriah oleh hampir 20,000 penyokong yang memenuhi segenap stadium.

Aksi santai Mourinho selepas perlawanan amal. Foto: James Gouley/REX

Bercakap selepas perlawanan, Mourinho dalam nada bergurau menjelaskan yang beliau memilih untuk beraksi sebagai penjaga gol supaya tidak perlu banyak berlari. Selain itu, beliau juga menjelaskan ingin memberikan kelainan dalam perlawanan amal ini.

Sumber Rujukan:

  1. Matthew Smith, Daily Mail (2017): Jose Mourinho was centre of attention at Game4Grenfell; http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4846886/Jose-Mourinho-centre-attention-Game4Grenfell.html
  2. BBC (2017): Jose Mourinho stars in Game4Grenfell charity match; http://www.bbc.com/news/uk-41137944
  3. Wikipedia: Grenfell Tower fire; https://en.wikipedia.org/wiki/Grenfell_Tower_fire

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN