5 Perkara Daripada Kemenangan Sepanyol Ke Atas Itali

Sepanyol menang bergaya 3-0 ke atas Itali dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018. Ia dianggap perlawanan ‘block buster’. Berikut adalah 5 perkara yang kami gariskan

1. Isco dalam prestasi terbaik

Isco melalui awal musim 2017/18 yang sangat baik setakat ini. Aksi cemerlang itu terus dibawa ke dalam tugasan kebangsaan. Gerakan beliau sangat tajam. Tenang ketika mengawal bola serta sangat stabil ketika duel.

Gol pertama beliau dalam perlawanan ini adalah daripada sepakan percuma yang menarik menewaskan Buffon. Gol kedua lebih baik apabila Isco melakukan rembatan dari luar kotak penalti yang terus menerjah gawang gol.

Isco berhak ke Piala Dunia tahun hadapan selepas disisihkan daripada Euro 2016. Musim lalu beliau antara pemain yang cuba dipancing Barcelona. Mujurlah Real Madrid tidak melepaskan beliau!

2. Isu taktikal Itali

Itali menggunakan sistem bek berempat dalam perlawanan ini. Itali ternyata lebih baik dengan sistem bek bertiga pada separuh masa kedua. Banyak isu taktikal yang boleh dibangkitkan oleh kem Itali. Pemain tidak komprehensif di dalam perubahan taktikal.

Mereka tidak ada kreativiti yang baik dalam perlawanan ini. Penyerang utama mereka, Immobile dan Belotti tidak mendapat servis daripada bahagian tengah. Di pertahanan mereka kerap hilang tumpuan dan melakukan kekasaran di zon bahaya.

Pertahanan Itali hilang karakter! Tidak seperti tipikal benteng Itali yang kita kenal. Mereka akhirnya tewas dalam kempen kelayakan Piala Dunia selepas 11 tahun rekod itu dikekalkan.

3. Sepanyol bermain 9 jadian

Sepanyol memulakan perlawanan ini dengan sistem 9 jadian. Ia nampak berkesan! Anda pastinya masih ingat ketika mereka menggunakan Fabregas sebagai 9 jadian dalam Euro 2012. Mereka menjuarai Euro ketika itu.

Dalam perlawanan menentang Itali awal pagi tadi, Asensio dijadikan 9 jadian di dalam perlawanan ini. Mereka efektif kerana ada pemain tengah yang ada teknikal untuk menjaringkan gol.

Pada separuh masa kedua, Alvaro Morata dimasukkan pada kira-kira 20 minit terakhir. Mereka jelas membuktikan segala taktikal yang mereka rancang berjalan dengan baik apabila Morata menjaringkan gol.

4. Sudah tiba masanya untuk Buffon serahkan no.1

Buffon mendapat kaps ke-170 dalam perlawanan ini. Namun jelas sekali dalam perlawanan ini Buffon ada sedikit isu dengan ketangkasan beliau.

Beliau masih menjadi pemain no.1 di Juventus dan ia mungkin memberikan impak kepada kecergasan beliau yang sudah berumur 39 tahun untuk bermain banyak perlawanan.

Bukan mahu menafikan kredibiliti Buffon, tetapi mungkin sudah tiba masanya untuk posisi no.1 itu diisi oleh penjaga gol yang lain. Buffon sendiri beberapa kali menunjukkan kekecewaan beliau dalam perlawanan ini.

5. Pique masih dibenci di Bernabeu

Sebelum ini Ramos memberikan amaran agar penyokong Real Madrid tidak membawa sentimen kelab ke pasukan kebangsaan. Namun jelas masih ada penyokong yang bersiul dengan bunyi ironi kepada Pique setiap kali pemain itu memegang bola.

Ada beberapa penyokong yang cuba memberikan sokongan dengan menjerit Pique! Pique! Pique!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN