Messi Selit Klausa Khas Untuk Argentina Dalam Kontraknya Bersama PSG

Lionel Messi

Perpindahan Lionel Messi telah menciptakan sebuah realiti yang tidak dijangka oleh ramai orang apabila melihat pemain tersebut bermain untuk kelab lain selain Barcelona.

Kini telah menjadi realiti, Messi telah pun tiba di Paris Saint-Germain (PSG) untuk menyertai Neymar, Kylian Mbappe dan Sergio Ramos di sana.

RASMI: Lionel Messi Kini Sah Milik PSG

Kontrak perpindahan Messi ke PSG adalah selama dua tahun dengan terdapat pilihan untuk kontraknya dilanjutkan setahun lagi.

Cakap-cakap mengenai isi kontrak serta gaji yang diterima Messi cukup hangat diperkatakan oleh semua orang tetapi terdapat satu klausa yang cukup menarik di dalamnya.

Di dalam kontrak tersebut, terdapat beberapa klausa yang dipersetuju oleh Messi dan PSG yang berkaitan dengan skuad kebangsaan Argentina.

Antara perkara yang dipersetuju oleh kedua-dua pihak adalah PSG perlu menerima hakikat yang Argentina adalah keutamaan Messi.

Oleh itu, pihak kelab tidak boleh menghalang Messi daripada turut serta dalam mana-mana aksi melibatkan skuad kebangsaan Argentina sama ada ianya perlawanan kompetitif atau persahabatan.

Walhal itu tampak seperti normal sahaja bagi seorang pemain skuad kebangsaan, Messi juga menyelitkan satu lagi klausa berkaitan Argentina di dalam kontraknya.

Dalam kontrak Messi bersama PSG, pasukan perubatan Argentina memperoleh akses fasiliti yang ada pada kelab itu.

Klausa tersebut dilihat dapat memberikan kelebihan kepada Messi dan rakan-rakan skuad Argentina beliau dalam mendapatkan rawatan terbaik ketika bersama pasukan negara.

Argentina mengatasi segalanya

Sebelum ini, ramai yang mempersoal komitmen Messi terhadap skuad kebangsaan dek kerana prestasinya yang agak berbeza ketika mewakili negara dan Barcelona.

Tetapi, sejak memenangi Copa America 2021, tiada lagi yang mempersoal komitmen malah cinta Messi kepada negaranya.

Copa America: Akhirnya Messi Menang Juga Piala Bersama Argentina!

Jika dilihat kepada klausa yang diminta oleh Messi di dalam kontraknya, jelas sekali ianya membuktikan komitmen beliau kepada pasukan kebangsaan.

Malah ini adalah petanda jelas apakah hala tuju Messi di dalam kariernya yang kini berada di fasa penghujung.

Sasarannya adalah satu, beliau mahu menjulang Piala Dunia 2022 di Qatar tahun hadapan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN