Copa America: Akhirnya Messi Menang Juga Piala Bersama Argentina!

Copa America 2021

Akhirnya, ia menjadi nyata!

Lionel Messi akhirnya berjaya mendapatkan kejuaraan bersama-sama skuad kebangsaan Argentina selepas berhasil memperoleh gelaran Copa America 2021 menewaskan Brazil.

Bertemu musuh tradisi Stadium Maracana, aksi di perlawanan akhir ini jelas sekali begitu sengit antara kedua-dua pasukan.

Argentina berjaya mendapatkan gol pendahuluan menerusi Angel Di Maria selepas hantaran jarak jauh yang begitu baik dari Rodrigo De Paul berjaya menemui pemain itu dan Di Maria melambungkan bola itu ke gol Brazil.

Beberapa peluang terhasil di separuh masa pertama tetapi semuanya lebih kepada separuh peluang atau half-chances yang dicipta terutamanya oleh Brazil.

Separuh masa kedua menyaksikan serangan demi serangan terhasil oleh Brazil namun gagal menemui sentuhan jaringan.

Richarlison memperoleh gol penyamaan untuk Brazil tetapi sayangnya dibatalkan oleh Video Assistant Referee (VAR) pada minit ke-54 kerana ofsaid.

Tidak lama kemudian, pemain Everton itu memperoleh peluang sekali namun usahanya dipatahkan oleh Emiliano Martinez.

Drama lebih banyak terhasil di penghujung perlawanan apabila Brazil terus-menerus menyerang kubu pertahanan Argentina.

Danilo mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan selepas meperoleh bola kedua dari situasi sepakan penjuru, namun rembatannya melepasi palang gol pada minit ke-84.

Beberapa minit kemudian, Neymar turut mendapatkan peluang menerusi sepakan percuma namun sepakannya dihalang. Percubaan susulan oleh Gabriel Barbosa selepas itu pun ditepis Emiliano.

Lionel Messi mempunyai peluang untuk memateri kemenangan menerusi situasi serangan balas pantas, namun beliau gagal melakukan percubaan sebelum bola ditangkap Ederson Moraes.

Kejayaan ini menamatkan penantian 28 Argentina untuk gelaran Copa America selepas kali terakhir dimenangi pada 1993.

Ia juga menamatkan penantian bagi gelaran bola sepak antarabangsa di peringkat senior buat Messi.

Tahniah Argentina!

Kesebelasan utama

Argentina: Emiliano Martinez (penjaga gol), Gonzalo Montiel, Cristian Romero, Nicolas Otamendi, Marcus Acuna, Angel Di Maria, Rodrigo De Paul, Leandro Paredes, Giovani Lo Celso, Lionel Messi, Lautaro Martinez

Brazil: Ederson Moraes (penjaga g0l), Danilo, Marquinhos, Thiago Silva, Renan Lodi, Lucas Paqueta, Casemiro, Fred, Everton, Neymar, Richarlison

Baca juga artikel kami yang lain:

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

[VIDEO]: Siapa Antara Pemain Cilik Ini Sudah Cipta Nama Di Arena Bola Sepak Malaysia?

“Budak Milo” Bantu Sepakan Penjuru Alexander-Arnold Benam Barcelona Terima Kontrak Profesional

Sumber:

Leave a Reply