Kisah Jersi No.30 Messi Di PSG Yang Paksa Ligue 1 Ubah Peraturan

Lionel Messi secara rasmi akan memakai jersi nombor 30 bersama Paris Saint-German (PSG). Ada fakta menarik di sebalik pemilihan nomor tersebut, termasuk ianya juga melanggar peraturan Ligue 1.

Teka-teki kelab mana yang akan disertai oleh Lionel Messi selepas meninggalkan Barcelona akhirnya terjawab.

La Pulga telah memilih Paris Saint-Germain sebagai kelab barunya untuk musim 2021-2022.

Proses perpindahan Lionel Messi ke Paris Saint-Germain telah menjadi rasmi lewat malam tadi (waktu tempatan).

Selepas selesai ujian kesihatan, Messi dibawa mengunjungi arena baharunya, Parc des Princes di mana Messi menjalani sesi fotografi pertama dengan jersi lengkap PSG.

Saat itulah juga teka-teki nombor jersi yang akan dipakai pemain terbaik dunia itu terjawab. Messi dilihat menyarung jersi No.30.

No. 30 dianggap unik

Pemilihan N0.30 dianggap unik kerana Lionel Messi tidak menggunakan No. 10 yang biasa dipakainya di Barcelona dan ketika bersama Argentina.

Menurut laporan L’Equipe, Lionel Messi khabarnya menghormati Neymar sebagai pemilik jersi No.10 saat ini di PSG, sehingga beliau memilih No.30.

Ada dua perkara mengenai No.30 yang dipilih oleh Messi. Pertama adalah kerana di Ligue 1, No. 30 selama ini hanya dikhaskan untuk pemain dari posisi penjaga gol.

Perkara itu terkandung di dalam peraturan Konfederasi Bola Sepak Perancis (FFP) selama ini. Dalam Artikel 576 yang menyentuh mengenai nombor jersi dan nama, peraturan tersebut tertulis:

“Pemain yang berada di dalam skuad utama haris diberikan nombor setiap musim. Setiap pasukan harus mendaftar 30 (No.1 sehingga No.30) orang pemain (minima) dan harus diperbaharui setiap tahun disebabkan adanya perpindahan pemain di antara kelab.

https://twitter.com/Footy_Headlines/status/1425077094325817350

“Jika kelab memiliki lebih dari 30 pemain, jawatankuasa pertandingan akan memberikan pengecualian. Nombor rawak seperti 45, 82 atau 99 adalah dilarang. Nombor 1, 16 dan 30 pula hanya eksklusif untuk penjaga gol. Jika semuanya sudah dipakai, kelab boleh memilih No.40.”

Siapakah pemilik No.30 sebelum Messi?

Messi bukanlah pemilik asal jersi No.30 di PSG. Nombor tersebut sebenarnya adalah milik penjaga gol. Alexandre Letellier.

Alexandre Letellier merupakan penjaga gol yang menyertai PSG pada musim 2020/21, tetapi belum pernah diberikan peluang beraksi untuk sebelum ini.

PSG atau Letellier tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyerahkan No.30 kepada Messi. Ligue1 juga dikhabarkan menerima permintan PSG agar No.30 dibenarkan dipakai oleh pemain outfield (selain penjaga gol) demi Messi.

Mengapa Messi pilih No.30?

Lionel Messi sendiri memilih No.30 kerana nombor tersebut adalah nombor yang sama dipakainya ketika melakukan debut bersama Barcelona pada musim 2004/05.

“Saat terbaik [dalam karier] saya ialah ketika melakukan debut untuk Barcelona,” kata Messi sebelum ini.

“Saya tidak akan melupakan detik itu.”

Bagi Messi, debut bersama Barcelona sentiasa sesuatu yang istimewa dan akan dikenang oleh beliau sampai bila-bila.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN