Para peminat bengang melihat Salt Bae atau nama sebenarnya Nusret Gökçe masuk ke padang untuk memegang dan menjulang Piala Dunia.
Tukang masak selebriti itu dilihat masuk ke padang selepas tamat aksi perlawanan akhir antara Perancis bertemu Argentina dan beliau turut dilihat bergambar bersama Piala teragung dalam dunia bola sepak itu.
Lebih menjengkelkan lagi, Salt Bae juga dilihat mengambil kesempatan untuk bergambar bersama para pemain Argentina yang berada di padang meraikan kejayaan mereka bergelar Juara dunia.
Messi snubs Salt Bae pic.twitter.com/PLl994CCHB
— Ragıp Soylu (@ragipsoylu) December 19, 2022
Melihat hal tersebut, para peminat mempertikaikan atas kapasiti apa seorang tukang masak selebriti boleh dibenarkan untuk berada di padang dan menyentuh Piala Dunia.
Menurut peraturan FIFA sendiri, bukan semua orang yang akan dibenarkan untuk menjulang Piala tersebut dan kerana itulah ramai mempersoalkan atas kapasiti apa Salt Bae diberi penghormatan untuk menjulang Piala tersebut.
“Trofi Piala Dunia FIFA yang asal hanya boleh disentuh dan dipegang oleh sekumpulan orang yang sangat terpilih, termasuk bekas pemenang Piala Dunia FIFA dan ketua negara.”
Tulis FIFA di laman web rasmi mereka tentang Piala Dunia.
Messi told Salt Bae no twice while he's trying to hug his family, guy chased and grabbed him again. What a prick. Only time I saw Messi angry in the last hour. pic.twitter.com/6nBPifUtLz
— Bill Ari (@ImBillRay) December 18, 2022
Jadi apa istimewanya Salt Bae hingga diberi penghargaan untuk menjulang Piala tersebut?
“Kenapa Salt Bae boleh dibenarkan untuk berada di atas padang? Dia siapa? Apa keistimewaan dia?”
“Seseorang tolong jelaskan pada saya, kenapa Salt Bae boleh ada di atas padang? Apa sumbangan dia pada bola sepak?”
“Saya rasa FIFA sekarang cuba beritahu kita semua yang dengan duit, segalanya boleh berlaku.”
“FIFA perlu jelaskan tentang hal ini, atas kapasiti apa Salt Bae boleh dibenarkan untuk berada di atas padang dan meraikan kejayaan Argentina bersama para pemain.”
World Cup winner Lionel Messi snubs Turkish butcher Nusret Gökçe aka Salt Bae.
pic.twitter.com/HZJ3VWaylK— Phoina ✨ (@PhoinaWaceke) December 19, 2022
Beliau bukan orang Argentina, bukan legenda kelab, bukan pemain profesional dan tidak keterlaluan untuk menganggap beliau hanyalah sekadar penabur garam terkenal yang merajai dunia daging segar di media sosial.
Jadi wajar untuk peminat mempertikaikan mengapa beliau diberi penghormatan yang begitu tinggi untuk berada di atas padang meraikan kejayaan Argentina menjuarai Piala Dunia.
Messi sendiri naik menyampah
Bukan hanya peminat, Lionel Messi sendiri juga dilihat tak selesa dan seolah-olah meluat melihat kehadiran Salt Bae di atas padang.
Ma esattamente, ieri sera a che titolo Salt Bae girava per il campo con la Coppa del mondo? #Qatar2022 pic.twitter.com/Xy7Q9OWHAr
— Federico Casotti (@federicocasotti) December 19, 2022
Tukang masak selebriti itu dilihat berkali-kali cuba mengajak Messi untuk bergambar bersama namun pemenang tujuh kali anugerah Ballon d’Or itu langsung tidak melayannya.
Salt Bae bahkan terpaksa menarik lengan Messi untuk mengajaknya bergambar namun tindakan beliau itu jelas membuatkan pemain penyerang itu semakin tidak selesa.
Bintang PSG itu mungkin rasa marah dan tak selesa dengan kehadiran Salt Bae kerana si pemotong daging itu jelas sekali mengganggunya ketika beliau mahu bertemu keluarganya di atas padang.
Salt Bae harassing the GOAT for clout at the most important moment in his life. Look at Messi’a face 🥴 pic.twitter.com/PCmDN3MT62
— Heydon Prowse (@HeydonProwse) December 19, 2022
Messi jelas sekali menunjukkan isyarat rimas dan tidak selesa dengan kehadiran Salt Bae namun kerana terpaksa beliau melayan juga permintaan tukang potong daging terkenal itu.