Qatar 2022: Bintang Man United Catat Penilaian Prestasi Tertinggi Untuk Atasi Lionel Messi

Saingan Piala Dunia 2022 yang berlangsung di Qatar sebelum ini telah pun tamat dengan sempurna, selepas Argentina mengesahkan kejuaraan mereka untuk menewaskan Perancis.

Sepanjang saingan tersebut berlangsung, pelbagai elemen kejutan telah pun berlaku dengan sesetengah pemain tidak dijangka berjaya memberi mutu permainan berkualiti tinggi setelah mewakili negara masing-masing.

Selain itu, ada juga pasukan atau pemain yang pada awalnya dijangka mampu memberi impk besar dalam saingan tersebut, tetapi tampil dengan tidak sebegitu diharapkan.

Laman sukan Sofascore telah pun mengeluarkan senarai rasmi kesebelasan utama pilihan Piala Dunia kali ini dengan beberapa penilaian pemain dilihat agak mengejutkan.

Tampil tersenarai dalam kesebelasan utama kali ini menyaksikan tiga wakil pemain Manchester United unggul menguasai untuk mengetepikan dua sahaja bintang daripada Paris Saint-Germain (PSG).

Malah, pemain tengah Portugal yang juga merupakan jeneral utama Manchester United iaitu Bruno Fernandes mencatat penilaian tertinggi sebanyak 8.38 mata.

Jumlah tersebut sekali gus berjaya mengetepikan tonggak terbaik kejohanan iaitu Lionel Messi, selepas beliau sekadar mengumpul 8.27 mata sahaja untuk menjadi pemain kedua meraih penilaian tertinggi.

Dua lagi pemain menyaksikan Casemiro dan Harry Maguire turut memastikan mereka berada dalam senarai terbaik kejohanan kali ini menerusi prestasi permainan ditampilkan bersama negara masing-masing.

Casemiro berjaya meraih 7.50 mata selepas pemain tengah bertahan itu jelas sangat konsisten untuk kejohanan ini bersama Brazil dan membentuk kombinasi terbaik bersama rakan sepasukan lain.

Harry Maguire pula tampil mengejutkan banyak pihak, setelah aksinya bersama United sebelum itu kurang memberansangkan sehingga lebih banyak memanaskan bangku simpanan.

Namun bersama England, beliau berjaya mempamerkan aksi cukup memukau untuk mematikan segala ancaman lawan, termasuk mencipta satu bantuan jaringan.

Pemain kental itu telah pun memperoleh 7.34 mata sebagai penilaian untuk semua aksinya bersama England dalam saingan Piala Dunia kali ini.

Senarai lain menyaksikan bekas pemain United iaitu Daley Blind turut tersenarai dalam senarai kesebelasan utama selain pertahanan muda Liverpool yang veraksi bersama Perancis iaitu Ibrahima Konate.

Berikut merupakan senarai penuh kesebelasan utama terbaik Piala Dunia yang telah dinilai oleh Sofascore.

Kesebelasan utama: Dominik Livakovic (Penjaga gol), Daley Blind, Harry Maguire, Ibrahima Konate, Josip Juranovic, Casemiro, Antoine Griezman, Cody Gakpo, Bruno Fernandes, Kylian Mbappe, Lionel Messi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN