‘Messi Kedah’ Sandaran Baharu Jentera Serangan Kelantan Musim 2022

Pemain sayap lincah, Farhan Roslan sah menandatangani kontrak bersama Kelantan selama tiga tahun bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang akan bermula tidak lama lagi.

Bekas pemain Kedah dan Perak ini antara nama besar yang berjaya dibawa masuk untuk memperkukuhkan lagi pasukan tersebut yang dilihat serius mahu meraih tempat ke Liga Super.

Farhan yang sebelum ini pernah mencipta sensasi bersama Kedah sehingga diri beliau digelar sebagai ‘Messi Kedah’ dalam kalangan peminat dek kerana kelicikan yang ada pada pemain ini persis bintang Eropah tersebut.

Kelibat beliau sepanjang bersama Kedah dan Perak sebelum ini nyata mencuri perhatian barisan kejurulatihan Kelantan untuk membawa beliau bagi terus mengukuhkan jentera serangan pasukan musim 20222.

Kerjaya beliau selaku salah seorang pemain bola sepak profesional bermula apabila Farhan mewakili pasukan futsal Kedah pada tahun 2013 dimana ketika itu pemain tersebut beraksi dalam saingan Liga Futsal Kebangsaan.

Aksi beliau yang licik serta kawalan bola yang kemas berjaya menarik perhatian skuad Kedah ketika itu untuk menyerap beliau masuk meyertai skuad utama yang beraksi di Liga Premier ketika itu.

Sepanjang bersama Kedah, Farhan telah membuat 64 penampilan dengan meledak 6 gol keseluruhan. Manakala ketika bersamaa Perak, beliau telah meledak 1 gol keseluruhan daripada 8 penampilan bersama skuad tersebut pada tahun 2021.

Pemain ini juga mempunyai pengalaman yang baik untuk beraksi di peringkat antarabangsa apabila mewakili skuad negara Bawah 21 (B-21) pada tahun 2014 sehingga 2015. Kemudian beliau menyertai skuad bawah 23 negara (B-23) pada tahun 2015 sehingga 2017. Kemuncak beliau apabila dipanggil menyertai skuad senior negara pada tahun 2019.

Dengan kemasukan Farhan, maka Kelantan sekali lagi memperoleh antara nama besar yang pernah beraksi di Liga Super untuk menambah sengat dalam pasukan mereka. Sebelum ini, mereka telah mendapatkan khidmat pertahanan kental, Khairul Helmi Johari yang sebelum ini juga pernah menjadi rakan sepasukan Farhan di Kedah.

Antara nama lain yang dibawa masuk adalah Adam Nadzmi yang baru berusia 20 tahun dan pernah beraksi di Akademi Bolasepak BISP CRUIZERO dan Perak II. Sebelum itu juga, Kelantan berjaya mendapatkan seorang pemain import yang beraksi bersama skuad kebangsaan Lubnan, Fadel Mohammad Antar yang beraksi selaku penyerang.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN