Syamer Kutty Sertai Komuniti NFT, Letak ‘Aset Digital’ Pertamanya Untuk Dijual

Syamer Kutty NFT

Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Syamer Kutty Abba mungkin antara pemain pertama Malaysia yang menyertai komuniti NFT, malah telah meletakkan aset digital untuk dijual di sebuah ‘Marketplace’ NFT.

Menjadi trend di seluruh dunia saat ini adalah pengumpulan barangan dalam bentuk Non-Fungible Tokens (NFT) yang mana merupakan aset digital di dalam dunia digital – anda tidak boleh sentuh tetapi jadi pemiliknya.

Menurut artikel di 99designs.com, NFT boleh jadi sebuah seni gambar, artikel, muzik ataupun ‘meme’ yang mana jual belinya dilakukan secara atas talian seperti anda membeli barang di Ebay, Shopee dan sebagainya.

JDT Wujudkan “Digital Collectables” Untuk Penyokong Setia Harimau Selatan

Selangor Lancar Koleksi Aset Digital NFT Untuk Tambah Pendapatan Pasukan

JDT menjadi pelopor di dalam industri bola sepak di Malaysia dan sukan tanah air memperkenalkan teknologi ini kepada penyokong mereka. Pada Julai lalu, JDT mengumumkan koleksi NFT mereka kepada penyokong.

Menurut kenyataan oleh JDT, “JDT Digital Collections’ akan membenarkan penyokong untuk mengumpul karya seni yang diinspirasikan oleh kelab, dengan setiap token bakal membuka pelbagai cara untuk menghubungkan penyokong dengan kelab terkemuka Asia Tenggara ini. Turut menanti penyokong JDT adalah ‘faedah’ lain.

Antaranya adalah penyokong berpeluang menikmati pengalaman sekali seumur hidup seperti hospitaliti di ‘corporate box’, bersantai bersama pemain pasukan utama atau mempunyai akses kepada memorabilia JDT.

Ini diikuti Selangor FC yang mana pada Disember lalu telah melancarkan aset digital mereka untuk dimiliki para penyokong mereka secara digital – yang dikenali sebagai Red Giants Non-Fungible Collections (RGNFC).

Antara karya yang dihasilkan Selangor adalah memoribilia serta koleksi digital yang boleh disimpan sebagai kenang-kenangan dan semua koleksi NFT Selangor boleh didapati di platform seperti pentas.io dan opensea.io.

Kembali kepada Syamer Kutty, beliau dilihat telah membeli satu koleksi NFT yang dikenali sebagai BADAPE #653 yang dihasilkan oleh BAD APE NFT. Harga yang diletakkan adalah sekitar RM225.61. Menurut satu ciapan di laman Twitter BAD APE Official, mereka dilihat mengucapkan selamat datang kepada Syamer Kutty.

Malah, Syamer Kutty turut dilihat memuat naik beberapa aset digital untuk dijual iaitu SKA Football Journey yang dijual sekitar RM102.55 hingga RM307.65. Ia merangkumi gambarnya di Slovakia ketika bersama skuad B-19 negara selain gambar koleksi jersinya yang turut diletakkan untuk dijual kepada para peminat.

Di luar negara, khususnya di Amerika Syarikat, sukan-sukan terkenal di negara tersebut seperti National Football League (NFL), atau The National Basketball Association (NBA) sudah lama menggunakan teknologi yang sama.

Leave a Reply