‘Messi Indonesia’ Sah Sertai Saingan Liga Teratas Slovakia

Egy Maulana Vikry yang merupakan antara pemain bintang kebangsaan Indonesia kini dikhabarkan bakal menyertai sebuah kelab yang beraksi di saingan divisyen teratas Slovakia tidak lama lagi.

Kelab tersebut merupakan FC ViOn Zlaté Moravce yang kini beraksi di saingan Slovak Super League iaitu divisyen tertinggi di Slovakia.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh kelab tersebut menerusi laman Instagram rasmi mereka yang memaparkan video Egy yang memberi sapaan buat para penyokong pasukan tersebut.

Sebelum itu, akaun Instagram Futbalove Zakulisie yang memberi info mengenai Slovak Super League  ada kenyataan dikeluarkan Egy bakal kembali beraksi di Slovakia untuk menyertai salah satu kelab di sana.

Untuk info, Slovak Super League merupakan divisyen teratas dalam saingan liga di negara tersebut dan Egy pernah beraksi di sana bersama FK Senica di divisyen ketiga.

“Kembalinya Messi ke Slovakia?”, petikan kecil daripada akaun Futbalove Zakulisie semalam yang turut memuat naik gambar Egy bersama Dusan Bogdanovic di suatu tempat.

Akaun Instagram agensi rasmi Egy iaitu Level Up Asia juga turut memuat naik gambar pemain lincah tersebut bersama Dusan dengan ucapan selamat tinggal yang turut menguatkan khabar angin itu ketika ini.

Dusan merupakan pengarah eksekutif kepada syarikat agensi Level Up Asia dan beliau merupakan salah satu individu yang membawa nama Egy di Eropah sebelum itu.

Dalam kenyataan dikeluarkan oleh Futbalove Zakulisie itu juga menyatakan kemungkinan besar Egy bakal mewakili FC ViOn Zlaté Moravce yang kini beraksi di saingan Slovak Super League.

Untuk rekod, kelab tersebut kini berada di tangga tercorot saingan tersebut selepas mengharungi empat perlawanan tanpa sebarang kemenangan diraih.

“Messi Indonesia telah datang mewakili FK Senica pada Ogos 2021, kini kemungkinan juga beliau akan kembali untuk memperkuatkan Zlate Moravce,” jelas Futbalove Zakulisie.

Laman sukan Indonesia, Bola.com juga dikhabarkan telah bertanyakan perkara ini kepada Dusan berhubung info perpindahan Egy ke Slovakia, namun belum ada maklum balas daripada beliau sehingga kelab tersebut mengumumkan sendiri.

Egy pda musim lalu pernah beraksi di divisyen ketiga Slovakia bersama FK Senica dan berjaya memberi aksi yang sangat konsisten bersama kelab tersebut.

Namun, disebabkan masalah kewangan dihadapi kelab tersebut, khidmat Egy terpaksa tamat lebih awal dan kini pemain itu masih lagi belum mewakili mana-mana pasukan.

Selain Egy, seorang lagi pemain yang berkelana di Eropah iaitu Witan Sulaeman juga ditamatkan kontrak lebih awal bersama Lechia Gdansk yang beraksi dalam saingan Ekstraklasa di Poland.

Witan juga pernah bergandingan bersama Egy pada musim lalu sebagai pemain pinjaman untuk mewakili FK Senica bagi beraksi dalam beberapa perlawanan.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN