Pengendali PSM Makassar Luah Rasa Bimbang Untuk Hadapi Kedah

Malam ini, Kedah Darul Aman (KDA) bakal mengharungi aksi saingan separuh akhir peringkat zon Asean Piala AFC bagi menentang PSM Makassar di Stadium Captain I Wayan Dipta, Bali untuk menentukan siapa layak ke pusingan akhir.

Menurut pengendali PSM Makassar iaitu Bernardo Tavares, beliau sedikit gusar untuk bertemu lawan mereka setelah melihat kualiti dan keadaan fizikal para pemain kendaliannya.

Ini kerana pasukan kendalian beliau baru sahaja selesai mengharungi perlawanan saingan liga domestik yang agak padat, serta masa juga dilihat singkat untuk mereka pulih dengan cepat.

Rasa runsing buat pengendali itu dilihat logik setelah PSM Makassar baru sahaja selesai mengharungi perlawanan menentang Persija Jakarta pada beberapa hari lalu dalam saingan Liga 1 Indonesia.

Jika dilihat pada rekod perlawanan terakhir KDA pula, pengendali tersebut melihat lawan mempunyai masa yang lebih baik untuk mereka membuat persiapan rapi bagi aksi separuh akhir ini.

Kali terakhir skuad kendalian Aidil Sharin Sahak mengharungi perlawanan ialah pada awal bulan Ogos ini dalam aksi Liga Super menentang Sri Pahang.

“Pasukan lawan dilihat mendapat rehat dan tempoh pemulihan para pemain dengan lebih banyak. Mereka sempat membuat persiapan lebih rapi.

“Berbanding PSM Makassar, kami baru sahaja selesai mengharungi perlawanan liga beberapa hari lalu dan saya berharap tidak ada jurang yang ketara antara kami dan pasukan lawan,” jelas Tavares.

Pengendali dari Portugal itu juga menjangkakan aksi pada malam ini bakal sengit dan memberi masalah buat PSM Makassar untuk menghadapinya.

“Saya rasa perlawanan malam esok pastinya menarik dan sengit. Ini akan jadi satu aksi yang sukar buat pasukan kami.

“Pemain ketika ini mempunyai cita-cita yang sangat tinggi untuk mendapatkan keputusan terbaik pada malam ini,” ujar pengendali tersebut pada sidang media menerusi Bola.com.

Dua pasukan tersebut pada malam ini tiada pilihan lain selain masing-masing perlu menewaskan lawan mereka untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.

Pemenang pada perlawanan malam ini bakal menanti keputusan perlawanan untuk mengetahui lawan mereka sama ada Viettel FC atau Kuala Lumpur City (KL City).

Untuk rekod semasa, PSM Makassar kini berada di kedudukan ketiga carta liga setelah mencatat dua kemenangan dan satu seri untuk mengumpul tujuh mata keseluruhan.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN