TERKINI: Michael Fitchebeiner Tidak Lagi Jadi Jurulatih Selangor

Michael Feichtenbeiner Sukan SEA Selangor

Pasukan Liga Super, Selangor akhirnya melepaskan jurulatih mereka iaitu Michael Feichtenbeiner daripada jawatan itu berkuatkuasa serta merta.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Selangor, keputusan itu diambil atas persetujuan bersama antara kedua-dua pihak memandangkan jurulatih dari Jerman itu mengambil jawatan itu selepas dikosongan Karsten Nietzel.

Walaupun tidak lagi menjadi ketua jurulatih, namun Feichtenbeiner akan terus kekal dengan jawatan sebagai pengarah teknikal Selangor yang merupakan jawatan asalnya.

“Selangor FC hari ini mengumumkan bahawa pihak pengurusan tertinggi dan Michael Feichtenbeiner telah mencapai persetujuan bersama untuk beliau melepaskan jawatan Ketua Jurulatih Pasukan Utama yang telah digalas selama setengah musim bagi memberi fokus sepenuhnya kepada projek pembangunan bola sepak Selangor sebagai Pengarah Sukan Selangor FC yang disandang beliau sejak tahun 2020,” ujar Selangor dalam kenyataan mereka.

Buat sementara waktu, tugas sebagai ketua jurulatih akan diberikan kepada pembantu jurulatih iaitu Nidzam Jamil sehingga tamat musim 2022.

Selangor juga mengesahkan yang mereka sudah memulakan pencarian untuk mencari ketua jurulatih baharu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan.

“Pencarian Ketua Jurulatih baharu sedang dijalankan dan pihak Kelab akan membuat pengumuman lanjut sebaik sahaja segala penelitian telah dibuat. Tugas tersebut kini digalas oleh Pembantu Ketua Jurulatih, Nidzam Jamil yang akan mengambil alih tanggungjawab mengemudi pasukan utama Selangor sebagai Ketua Jurulatih sementara (Interim Head Coach)  bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia 2022.”

Selangor sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa jurulatih antaranya mantan pengendali Harimau Malaya iaitu Tan Cheng Hoe.

Selain Cheng Hoe, Selangor turut dikaitkan dengan pengendali Lion City Sailors iaitu Kim Do-hoon.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN