Mertesacker Beri Sebab Kenapa Arsenal Gugurkan Mesut Ozil

Mesut Ozil

Bekas pertahanan Arsenal, Per Mertesacker beranggapan bahawa fokus Mesut Ozil yang sudah berubah membuatkan bola sepak kini tidak lagi menjadi keutamaan buat pemain tengah tersebut.

Masa depan Ozil di Arsenal terus menjadi persoalan hangat apabila pemain berusia 32 tahun itu masih belum pernah menikmati sebarang aksi sebaik sahaja saingan bola sepak kembali bersambung pada bulan Jun lalu susulan wabak COVID-19.

Pemenang Piala Dunia 2014 itu juga turut diketepikan oleh pengendali pasukan, Mikel Arteta daripada skuad 25 pemain yang bakal menggalas tanggungjawab The Gunners dalam saingan Liga Europa (UEL) 2020/21, bermula minggu ini.

Sehubungan dengan itu, Mertesacker yang pernah berada dalam satu pasukan di peringkat kelab dan negara bersama Ozil melihat perubahan dalam kehidupannya berkemungkinan menjadi faktor utama fokusnya telah tidak seperti dahulu.

”Banyak perubahan di luar padang dalam diri Ozil dapat disaksikan,” ujar Mertesacker yang kini bertindak selaku pengurus skuad B-23 Arsenal.

”Dia telah berkahwin, mempunyai keluarga dan mungkin perkara itu membuatkan fokusnya telah berubah pada ketika ini.”

”Walaupun begitu, dia masih gembira dan gembira untuk terus bermain bola sepak.”

”Dia merupakan satu-satunya pemain yang pernah bermain bersama dengan saya dalam tiga pasukan. [Werder] Bremen, Arsenal dan juga Jerman.”

”Jadi saya sangat kasihan melihatnya berada dalam situasi seperti ini di mana dia langsung tidak digunakan [diturunkan dalam perlawanan],” tambah Mertesacker lagi bercakap kepada Goal.

Kredit featured image: Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Mesut Ozil:

Ozil: Saya Akan Bayar Gaji Gunnersaurus Selagi Bergelar Pemain Arsenal

Mikel Arteta Kata Sukar Untuk Mesut Ozil Buat ‘Comeback’ Dengan Arsenal ‘Baharu’

Terus Terpinggir, Mesut Ozil Diketepikan Dari Skuad Arsenal Ke UEL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN