Ozil: Saya Akan Bayar Gaji Gunnersaurus Selagi Bergelar Pemain Arsenal

Gunnersaurus

Keputusan Arsenal memecat maskot rasmi kelab tersebut, Gunnersaurus sebagai langkah penjimatan kos operasi berikutan impak dari aspek kewangan susulan wabak COVID-19 yang melanda bukan sahaja mendapat perhatian para peminat The Gunners.

Sebaliknya, pemain Arsenal juga turut merasai kehilangan tersebut sehingga menyaksikan pemain tengah, Mesut Ozil mengambil inisiatif murni bagi mengembalikan semula maskot yang sudah berkhidmat sejak tahun 1993 itu.

Menurut laman media sosial peribadinya, Ozil telah menawarkan diri untuk membiayai sepenuhnya pembayaran gaji Gunnersaurus selagi beliau bergelar pemain Arsenal.

”Saya sangat sedih bahawa Jerry Quy [nama sebenar individu di sebalik maskot] atau lebih dikenali sebagai maskot kami yang terkenal dan setia, Gunnersaurus dan sebahagian daripada kelab ini telah dilepaskan selepas 27 tahun.”

”Oleh itu, saya menawarkan untuk membayar balik kepada Arsenal dengan gaji penuh buat ‘lelaki hijau yang besar’ itu selagi saya bergelar pemain Arsenal, jadi Jerry boleh meneruskan tugasan yang dicintainya.”

Keprihatinan yang ditunjukkan Ozil itu nyata telah mencuri tumpuan sekali gus mendapat pujian menggunung para penyokong Arsenal, tidak terkecuali dalam kalangan para peminat kelab tersebut di tanah air.

Jerry telah berada di dalam kostum maskot tersebut sejak dari tahun 1993 dan penampilan pertamanya di Highbury ialah ketika Arsenal menundukkan Manchester City 3-0 pada musim.

Kewujudan Gunnersaurus ini bermula apabila seorang kanak-kanak berusia 11 tahun [pada 1993], Peter Lovell telah memenangi pertandingan mencipta maskot untuk pasukan Junior Gunners dan hasil daripada idea tersebut kekal sehingga ke hari ini serta menjadi salah satu figura penting buat Arsenal.

Kredit featured image: Mark Leech/Offside/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai MEsut Ozil:

One Comment

Leave a Reply